Posts

Showing posts from May, 2015

Nasi Ayam Station best LUNCH kat Port Dickson Batu 11.....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni Nina nak share Kedai makan yang simple dan best kat Port Dickson - Ayam Bakar Station Nina pertama kali makan kat sini. Sambil lalu nak cari makan tengahhari  disekitar area Batu 11, Pasir Panjang,Teluk Kemang Port Dickson. Sekali nampak ramainya orang makan kat  Kedai Ayam Bakar Station. Signboard juga menarik kan perhatian untuk buzy body nak tahu. Terlintas di fikiran nak tahu apa yang menarik kat sini... Kenapa ramai orang....?? Sedap ker...?? dari arah teluk Kemang ke Batu 11 akan nampak signboard nie belah kiri Hhrmm.... Menyajikan  Menu nasi putih bersama Ayam Bakar. Ayamnya dibakar depan mata dan mengikut permintaan. So dapat makan panas-panas. Nina sukakan menu yang simple, mudah dan semestinya sesuai buat anak-anak. Ok cun, dan Nina pun cari tempat - dok bawah pokok Chery. Redup, nyaman..... Suka! Standard Nasi ayam  bakar kat KL, ada nasi putih, ayam bakar, sup ayam, sambal cili dan bersama toma...

Lala Goreng Pattaya.... sedap seyh~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Lala.... Antara menu seafood yang jarang beli dan masak. Baru-baru ni MyGang ke pasar dan nampak ramai yang menjual maka dia pun belikan sebungkus. Tengah musim agaknya... Hhrmm... Apa gaya nak masak Lala ni? Gaya melayu, barat, etnik, pop rock, k-pop... Eh eh~ Mulalah kebuntuan melanda. Haishh.... Ini pun boleh bikin stress tau! Sapa bilang Permaisuri rumah aka surirumah tak mengalami stress?? Ada..... Ini 'antara' permasalahan yang perlu ditangani setiap hari. Nampak mudah namun hakikatnya selalu temui jalan buntu. Betul tak? Kan kan kannn..... **cepat ngaku** Nasib baik laa wujudnya kengkawan Alam Maya yang sentiasa memberi idea dan pandangan bernas. Sayang uolls~ Syukur Alhamdulillah Nina berada dalam kelompok kepompong rama-rama. #Eehh.... Nina punya kengkawan yang sentiasa positif, mendorong ke arah kebaikkan dan bermanfaat. Syukur~ Bagaimana nak berada dalam kepompong rama-rama? Pilihan di tangan dan di jari jemari sendiri....

Kueh Dangai.. kueh paling ringkas dan mudah. Sedap lak tuu... Jatuh cinta dibuatnya~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa pernah makan kueh Dangai? Bunyi macam pelik kan? Actually Nina pun 1st time dengar nama kueh ni dan 1st time makan last week Saturday masa kenduri sambut Ramadhan kat rumah my Mak Anjang. 1st time tengok kueh ni tak apa yang menarik pun. Warna putih aje dan sikit keperangan kat bawah dan atas. Nampak ada kelapa parut. Hati terusik meronta nak merasa ..... Sedap ke? Gigitan pertama >>>>>> Mmm..... Lemak manis! Not bad Gigitan kedua >>>>>>>> Waduh! Sedap seyh..... Terasa kelembutan kekenyalan chewy tepung pulut.  Memang sedap! Lemak manis kelapa parut. Aduyai , jatuh cinta tetiba! Oouchh~ Makan makan makan makan..... #eehh dah banyak Nina belasah rupanya. MasyaAllah.... Buruk perangai. Fuh fuh fuhhh.... Gi jejauh sifat syaitonnirrajimmm~ Hahahaa.... !! Tak sedar yang Nina  berada kat kenduri -ramai orang! Oopsss!! Nasib baik sedar diri, kalau tak mau Nina dah kasi licin kueh Dangai ya...

Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Ini antara menu yang senang dan all in one. Ikan sambal berlada Untuk anak-anak yang tak makan pedas hanya ikan goreng untuk mereka dan ibubapa lak ada sambalnya. Goreng ikan sekali banyak untuk semua. Nak pedas ada sambal. Senang kan.... Antara ikan yang sesuai - ikan tenggiri, merah, cencaru dan bawal. Selain tu, apa-apa jenis ikan lain pun ok. Kalau dapat ikan besar lagi best! Banyak isi. Senang nak makan, tak payah belek-belek tulang. Terutama sekali buat anak-anak. Surirumah macam Nina pun perlu ikan  tak banyak tulang sebab kadang tu time makan pun rushing. Kalau isi ajer senang ngap ngapp !! hehee... (bukan gelojoh ehh) #ehh .... dok rumah pun rushing? Ya, itulah hakikatnya....  nak nak yang punya anak bersekolah tadika dan sekolah dua sesi. Pastu lak waktu balik sekolahnya berlainan antara satu sama lain... nanti petang nak ke sekolah agama lak~ Kalau nak cerita mau 3hari 3malam tak sudah. Hahaha.... Sebelum Nina menerusk...

Makan BEST kat Shah Alam... Ada Western Food, Chinese Food, Malay Food, Ala-Carte.. Terbaik!

Image
As'salamualaikum dalan Salam Sejahtera Dah lama gak Nina tak makan malam kat luar, baru-baru ni Nina dinner kat Uncle Sam di Section 15 Shah Alam, Selangor. Jauh dinner? Memang jauhhhh~ Nina dari Gombak, merempuh jammed segala memang seksa namun bila dah sampai legaaaa nya rasa. Tetiba gaya terus tukar lagak dah macam Maria Tunku Sabri  = ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan gitu.... hehee  Nina ni verangan jer lebey~ Nina sukakan konsep restoran ni. Simple, santai, kemas,  'retro'  dan paling suka >>>>>>> Bersih! Hah tengok gambar nie....  Apa yang paling Nina suka kat sini adalah konsep menu yang all in one place - special dari tempat lain. Ada menu melayu, ada menu chinese style dan ada juga western!  Senang  dan sangat banyak pilihan. Bukan apa, payah nak jumpa restoran yang ada menyediakan chinese food dan bergabung ngan menu melayu dan western. Selalunya Chinese style restorannya hanya itu saja...

Baby Demam Sawan Tarik.. Bukan sekadar demam biasa. Info penting yang harus ibubapa perlu tahu.... Punca, sebab, tanda, tindakan dan rawatan......

Image
Pengalaman dan situasi yang pertama kali terjadi dalam hidup Nina banyak memberi signal supaya Nina lebih prihatin dan alert akan segala aspek untuk kesihatan anak-anak. Walaupun Nina rasa, Nina dah sangat cerewet akan perihal kesihatan anak-anak namun apa yang terjadi baru-baru ini  sangat memberi pengajaran dan ilmu untuk Nina. Benarlah, pengalaman merupakan cikgu terbaik dalam kehidupan kita. Walaupun banyak pembacaan ilmiah dalam diri (segala ilmu parenting, kedoktoran, pembacaan media online mahupun media cetak) ianya tak sehebat pengalaman dan dugaan yang dilalui. Boleh baca kat  SINI  keadaan Baby Eilhan semasa kejadian. Berbesar hati ingin Nina kongsikan antara yang Nina pelajari sepanjang Baby Eilhan kena demam sawan tarik buat pertama kali. Info : anak-anak Nina yang lain tak pernah kena. Ini pengalaman pertama buat Nina sekeluarga. APA ITU DEMAM SAWAN TARIK? Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c Ianya berlaku pada hari pertama atau kedu...

Baby Eilhan kena demam sawan tarik. Moga Eilhan cepat sembuh. Aamiin....

Image
As'salamualaikum semua Mohon DOA kan kesihatan Eilhan.... Pagi tadi dalam jam 8am bangun dari tido sedar baby eilhan demam. Terus bagi ubat demam. Sekitar jam 230pm  pertama kali Eilhan kena tarik tadi. Hanya Allah yg tahu getaran emosi Nina masa tu. Rasa macam nak putus nyawa pun ada. Mulut dia biru, kejang, mulut keluar air liur, tangan menggigil, no respond, mata ke atas.... Panik! Ya memang Nina panik. Bohong lah kalau bilang still cool kannn....  Tak pernah terlintas anak Nina kena tarik. Ini juga pengalaman dan situasi pertama buat Nina sekeluarga. Kesian anak² yg lain tadi pun sama nangis tengok Adek mereka. Terus bawa Eilhan pada abahnya. Dibaringkan dan basahkan seluruh badan. Alhamdulillah Eilhan cepat sedar. Ada respond bila namanya disahut. Kemudian terus dibawa ke hospital. Sekarang Eilhan admitted kat Hospital Port Dickson untuk rawatan susulan. Moga cepat diberi kesihatan yang baik - sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan nina se...

Anak cerewet makan? Meh cuba menu Nasi Ayam yang paling cepat dan ringkas!

Image
Ayam merupakan menu yang sukar dipisahkan buat insan yang bernama kanak-kanak. terutama sekali part drumstick aka peha. Macam cantik jer, macam comel aje bila bebudak makan drumstick kann..?  Menu Ayam lak ada pelbagai menu favorite anak-anak. Ada yang suka  Ayam   Masak Kurma  , Ayam Masak Masam Manis  , Ayam Goreng Kicap lemak Manis ,  Ayam Masak Halia  ataupun sekadar ayam goreng! Bohonglah kalau bilang mereka tak suka. Sedangkan Upin Ipin pun sinonim dengan ayam goreng kann...?? betul betul betul~ jangan cakap Nina pengaruh TV lak!  Haha..  Buat mama, mummy pula kalau anak-anak makan ayam mesti makan bersama nasi. Maklumlah typical Malaysian. Nasi pula merupakan makanan utama karbohidrat yang diperlukan buat kanak-kanak. Kalau dok makan ayam aje nanti mama mummy lak runsing risaukan faktor keseimbangan nutrisi dalam menu si manja. Ok, jalan mudah dari permasalahan tadi >>>>> Nina sediakan Nasi Ayam Nina st...

cenderahati istimewa... cantiknya! Saya suka, Saya suka..... terima kasih StampNPrint Ent.

Image
Hah! Tengok.nie..... Cantik tak? Inilah cenderahati istimewa yang Nina terima semasa upacara penutupan Blogger's Day Out yang lalu. Semua yang hadir terima sorang satu badge dan fridge magnet ni dari f ounder KBBA Abg Ben Ashaari. Cantik kan...? Cenderamata gini amat sesuai untuk apa-apa pun majlis sebagai tanda kenang-kenangan. Contohnya Family day, sport day, re-union, rombongan Che kiah, dan macam-macam lain event pun ok.  Kalau kengkawan   nak tempah macam ni boleh layari  www.stampnprint.blogspot.com   Ada bermacam-macam design... Bukan takat badge dan fridge magnet aje -ada mug yang cantik lagi comel dan pelbagai lagi idea dan sample menarik untuk cenderahati buat kenang-kenangan.  Dan kalau nak tengok sample lain yang menarik tertarik kau memang debomm secara siaran langsung - live gitu boleh  terus ke Kedai di StampNprint Enterprise 1-07, Plaza Sungai Besar 45300 Sungai Besar Selangor email : stampnprint@gmail.com ...