Posts

Showing posts from November, 2015

Jom sertai #YeosCharityChallenge dan menang RM1000 sempena Wajah Baru YEO's

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa suka minum air YEO’s  ?? Yeo’s - Nama yang tidak asing lagi buat kita semua sejak dari zaman kanak-kanak. Nina juga antara jutaan yang suka kan air keluaran Yeo’s. Paling Nina suka Teh Kundur, Laici dan Teh Ais Limau. Rangkaian lain - Krisantimun, Teh Hijau, Tebu dan Susu Soya juga punya standard rasa yang hebat juga.  Seiring dengan kualiti rasa yang tetap sama, pihak Yeo’s telah transfomasi wajah baru produk mereka. Peralihan zaman membentuk kita semakin matang begitu juga Yeo’s Malaysia.  Dari kiri : Tan Kai Hong, GM - 1st Vice President, Sales ; Lee Hon Seng, Senior Vice President Sales, Malaysia & Indonesia; Ong Chay Seng, Group Vice President , Yeo's Malaysia & Indonesia; Vincent Chui, 1st Vice President, Marketing Semalam 26hb November 2015 bertempat di Aloft KL Sental, berkonsepkan d esign wajah baru yang lebih moden dan segar di tampilkan.  Ianya berkonsepkan ‘Pelangi Hijau’ melambangkan Ke...

Minyak Zaiton untuk masak... Boleh ke?

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Meh rapat dekat sini kengkawan Nina yang tersayang..  Minyak apa yang uolls biasa guna untuk masak dan minyak apa pula untuk dressing salad? Sapa pernah guna minyak ini? Minyak Zaiton. Sapa lak Zaiton ni...? Bukan Zaiton Sameon atau Zaiton mata air Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dok ketuk botol kicap sama botol cuka.  #ehh... Lebey sudaaa melalut. Hehee.... Minyak Zaiton aka nama omputeh nya Olive Oil. (Gambar bawah ni kalau tak kenal) Sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil... Selama ini kita memasak guna olive oil yang tak sesuai untuk memasak... Laaa... Iyer ke? Alamak...!! Alhamdulillah, baru-baru ni Nina terbaca satu artikel tentang Olive Oil.  Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu,  Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin olive oil (VOO)  Based Olive Oil (BOO). Yang boleh ditelan se...

PRETZ N' BEANZ | Pretzel, Pizza dan Coffee yang memukau selera

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Sapa pernah makan Pretzel? Apa tuu.... Alaaa... Roti yang berpintal-pintal tuu... Tau tak? Cer ingat, pernah kann.. . . Kat mana? Pasti ada yang cakap pernah beli kat Makcik Anne  Itu jawapan yang standard. Mostly ramai yang pernah beli buatan Makcik Anne. Bohong laaa kalau bilang tak pernah kann..  acecehh~ Tak baik bohong, dosa! Buat penggemar roti pintal aka pretzel, meh sini Nina nak share kat mana nak pekena Pretzel yang terlajak gebus, lembut, syiokkk makan sampai boleh lupa orang kat sebelah. OOppss...!! Tak bermaksud pun PRETZ N' BEANZ CAFE Terletak di IPC Shopping Mall, Mutiara Damansara.  Kalau dari Ikano, betul-betul tepi pintu masuk ke IKEA dan bertentangan Starbuck.  Kalau pegi jalan-jalan di IKEA lepas kaunter bayaran, arah ke kanan dan terus aje pastu uolls akan nampak belah kanan Cafe ini. Ia menyajikan menu utama yang berasaskan dari doh pretzel yang amat lembut walaupun dah sejuk bersama coff...

Dessert mudah minum petang - Bubur Jagung, Keledek & Sagu

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ni , Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana Selain strawberry. Macam-macam jenis lak tuu... Ada madu, mutiara dan sedap juga dimakan begitu saja. Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya beli. Cultures shocked konon!  Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng belanja bayarkan .  Hehehe...!! Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baju kat rumah Nina bikin bubur. Biasanya  jagung Nina kombinasi bersama barli. Tapi kali ni Nina tambah keledek dan sagu.  Mmmm.... Sedap juga kerjasama sagu dan keledek. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung.  Ehh... sendiri buat, sendiri puji. Ahaks!  Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni.... BUBUR JAGUNG KELEDEK & SAGU Bahan-bahan 2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja) 4ketul kel...

Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa suka makan Nestum? Cer angkat tangan . . . . macamlah Nina nampak lak kannn  . Nina suka makan nestum. Rasanya yang lemak dan tidak terlalu berat selesa aje lalu kat tekak. Ia juga tidak muak. Sesuai buat sarapan pagi. Selalunya Nina makan Nestum bersama air coklat panas. Nestum tuu lak tidak pekat. Ala-ala air bercereal gitu. Boleh laaa buat alas perut tatkala kelaparan tahap tertinggi atau sebagai appetizer sebelum makan berat. **Hamboi** banyak makan Nina nie…. Hehee Dah jemu asyik buat Choc Moist Cake yang paling sedap, sesekali nak juga coba buat kek lain. Selak punya selak buku resepi ‘Hidangan Kek’ keluaran penerbitan Alaf 21, akhirnya Nina decide nak cuba Kek Nestum.  Hurmm…. Sedap tau Kek Nestum ni. Terasa lemak manis Nestum, moist dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Nak pula Nina dok calit skit topping cream cheese ngan strawbery, laju ajer Geng belasah.  Haipp…!! Ingat orang belakang sikit~...

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu

Image
As'salamulaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar kengkawan? Nina doakan agar semuanya sihat walafiat hendaknya.. Nina?  Alhamdulillah Nina sihat dan semanjak dua menjak ni terasa badan semakin cergas, sihat, bertenaga dan bersemangat lagi yakin. Tetiba lak terasa macam cantik jerr, macam comel jerr!! macam cantik jerr, macam comel jerr~     buang tebiat ke hapa ni Nina hari ni??   hahaa... Bukan mode verangan atau perasan cantik. Cuma nak share hakikat hakiki yang azali apa yang telah Nina alami dan lalui. (lebih kurang sebulan ni)  Bak dialog P.Ramlee "ini bukan cobaan, ini betul-betul" hehee . . . . dah start lah tuu  erkk~ Ok, mai dekat sikit naaa Nina nak habaq kat hangpa satu rahsia Awat tetiba slang Mok Cun  #eehh... Nina seronok nak share kat uolls, kan baru-baru ni Nina ada share kat Instagram   @Nina.Mirza   follow naaa  Nina ada post gambar Nina try satu produk untuk kewanitaan yang boleh jaga dalama...

Mee Hailam Mudah dan cepat.... Menu kegemaran anak-anak

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Rata-rata ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak payah nak suka makan nasi. Tak tahu kenapa. .. Mereka lebih suka makan menu lain terutama berasaskan roti dan Mee. Anak-anak Nina pun sama. Terutama sekali Eilyana. Nak suruh makan nasi umpama panas menanti beku. #ehh... Macam tak kena ehh... Erkk~ buat-buat faham je laa ehh  Hahahaa.. Dipendekkan cerita, mamanya kena laa rajin masak yang bukan berasal dari nasi. Kadang Nina gantikan menu bihun, Mee dan pasta. Amboi Yana, taste omputeh gitu!  Layankan aje janji dia makan. Settel...  Mee Hailam Mudah ini antara menu yang kerap Nina masak. Lagi pun cepat penyediannya. Masuk aje apa rencah yang ada dalam fridge. Kadang Ayam, Udang, daging (daging malas sikit pasal lambat empuk) . Untuk anak-anak tak perlu nak bersakan sangat masak, nanti depa tetiba tak mau makan kita yang stress. Keikhlasan dan kebersihan yang utama.  Kita lebih arif akan kehendak dan kegemaran me...

Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka. Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab senang dan kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran... Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnn.. Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng.  Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja.... Simpan dalam 'tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang.  "Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka"  Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan! Ok, tak mau...