Posts

Oh ..Rindu ini bertapa dihati..... huwaaaaaa ..!!!

Image
As'salam dan salam sejahtera buat semua .... Kosong Perit ku rasakan Saban waktu mendatang tanpa jemu Ini kah yang perlu ku rasa Tiap waktu tiap saat Dikala hujan gerimis Hati ku makin meronta-ronta Ingin ku luah rasa hati ini Entah kan pada siapa Dikala panas membingit hari  Kering  hati ini hampir rentung Sendiri,  sendiri membakar Padamnya entah kan bila Mengapa Kau hadir dalam saat ku Ku tak ingin Pergi lah jauh jauh ..... Apakan daya Ini yang telah tertulis Untuk ku hadapinya, harunginya Rela kah ?? Harus !!!  Perasaan ini Hanya Kau yang mengerti Kekosongan ini Hanya Kau yang fahami Dimana kan ku cari ganti .... Oh Rindu ini bertapa dihati ...... Chewahhh ......  Pepagi Isnin nie, di kala hujan gerimis Nina berpuitis pulak. Hehehe .... Sekadar luahan rasa. Sedihnya dihati Nina sebab dah lama tak dapat update entry untuk semua.    Mesti yang baca puitis di atas rasa...

Info tentang ROTAVIRUS

Image
As'salam dan salam sejahtera buat semua .... Apa khabar? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Bagaimana dengan anak-anak anda?Harapnya sihat sejahtera. Baru-baru nie kita dihebahkan tentang penyakit berbahaya 'Rotavirus'. Jangkitan yang semakin berleluasa telah menakutkan dan menghantui ramai kaum ibubapa yang punya anak kecil. Kerisauan, ketakutan menguasai diri ibubapa.....   Di akhbar mahupun TV heboh memperkatakan tentang virus ini. Semalam melaporkan  kat Berita Harian  mangsa meningkat.   Untuk pengetahuan, Rotavirus lebih kurang Diarrhoea. Click  SINI  untuk Info Diarrhoea.  Apakah itu jangkitan Rotavirus? Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Virus ini menular di mana sahaja tanpa ...

Nasi Ayam Madu Ipoh Mali ~~~

Image
As'salam dan salam sejahtera .... Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya ... Amin Jumaat kembali lagi .... Manfaatkan Jumaat yang mulia ini dengan perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Moga-moga dipermudahkan segala urusan untuk hari ini dan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya... Sabda Nabi, "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat". Menu Nasi Ayam nie Nina combine kan dari resepi Nasi Ayam Ipoh Mali dari MyResepi Quinnie (sebab nasinya sedapp) dan Ayamnya Nina ambil resepi Ayam Madu dari MyResepi Nadia pula ..... Nina suka yang sweet sweet.. Supaya wajah Nina manis selalu~~ Hehehe...  Sos Kicap juga dari Nadia, manakala Sos Cili nya adalah resepi Nina sendiri. Nie dah kira menderhaka sungguh nie.... Batu Belah Batu Bertangkup ...

Cucur Carca Marba (macam-macam ada ~~~) Hehee ...

Image
As'salam dan Selamat Pagi .... Apa khabar semua? Moga-moga pagi nie merupakan pagi yang ceria untuk semua. Alhamdulillah, semua urusan sudah dibereskan seawal pagi tadi. Cuma urusan petang karang lak yang menanti. Biasalah, dah nama pun kerja.... memang tak pernah habis. So, time-time relax macam nie baru nak breakfast dan dapat lah menarik nafas panjang sikit .... Breakfast hari nie simple-simple ajer.. sekadar cucur carca marba. Apa yang ada dalam peti ais semua Nina taruk. Macam-macam ada ~~~~ Ada carrot, kacang panjang, kentang, daun kuchai, bawang besar, taugeh dll... Belasah jer laaa ..... janji berkhasiat dan mengenyangkan.  Jom cuci mata .... Cucur Carca Marba Bahan-bahan  (sukatan agak-agak jer yea ... kalau pekat tambah air kalau cair tambah tepung lak... janji tak pekat sangat dan tak cair sangat kira OK lah tuuu ....) 2 cawan Tepung Gandum 1 1/2 cawan Air atau secukupnya 1 biji Carrot - diparut 1 biji Kentang - potong dadu 2 biji Bawang besar - dip...

Ayam Kicap Bersantan. .. Hitam itu menawan hati ku....

Image
As'salam dan Salam Sejahtera buat semua .... Woot Woot ...... !! Lama sungguh bercuti..... Buat yang bekerja hari nie jangan malas-malas kerja yea... Maklum lah dah lama coti-coti M'sia, mesti ramai yang rasa sengal nak ke tempat kerja.  Alah..... kerja 3hari jer then dah weekend - cuti lagi. So, jangan malas-malas yea.. ceria & cergaskan minda. Think positif. Bertanggungjawab lah kepada pekerjaan anda.  Apa khabar semua?? Moga sihat walafiat hendaknya. Dah beberapa hari Nina tak update entry. Rindu pula .... Hehee .... Buat yang bertanya, Nina tak ke mana-mana pun cuma off sementara - Cuti-cuti Malaysia lah katakan....Betapa bangga nya menjadi rakyat Malaysia yang punya pelbagai bangsa, kaum dan agama. DAN sebab tu kita punya banyak cuti (public holiday) dalam setahun.  Betul kan, kan, kannnn .....??? Hehehe ... Masak apa untuk lunch hari nie?? Pasti ada yang buntu tu kan .... Biasa lah, bila dah masak hari-hari sampai tak tahu nak masak apa. Kalau sesekali m...

Salam Maulidur Rasul 1433H

Image
As'salam buat semua .... Salam Maulidur Rasul Nina ucapkan buat semua teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan juga pengunjung-pengunjung CoratCoret Nina yang tak seberapa ini. Jutaan Terima Kasih kerna sudi singgah di blog Nina ... Sempena Maulidur Rasul esok hari, Nina nak share amanat terakhir yang terpenting buat kita semua... Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. “Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, ...

Mee Hoon Goreng Hailam lagii ~~~~

Image
As'salam dan Salam Sejahtera buat semua .... Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa. Jumaat kembali lagi .....  Selamat Pagi buat kengkawan semua. Apa khabar hari nie?  Ceria-ceriakan diri anda dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi. Moga-moga di penghulu hari Jumaat ini kita beroleh ketenangan di jiwa disamping membersihkan hati.  Selalu lah berfikiran positif agar kita  tidak mengajar diri berprasangka buruk terhadap orang lain. Biarlah apa orang nak kata tentang kita, yang pasti kita tak akan berkata demikian kepada orang lain mahupun berkata didalam hati. Jika tidak, kita pun sama sahaja seperti orang tersebut....... Sebaiknya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.   Hrrmmm ......  Kalau rasa hati tuu tak bersih lagi, minum ajer clorox yea.... Pasti hati tu nanti putih bersih lagi berseri.  Hahaaa . . . . (Gurau ajer) Bak kata pujangga .... ''Andai seorang sahabat membuat kebaikkan, ukirlah diatas batu agar ia tersem...