Kek Simple Lemak Manis Lagi Berkrim

Setelah lama tak membaking, akhirnya hari nie memulakan semula aktiviti menggodek-godek di dapur. Nina nak share satu resipi kek yang paling simple pernah Nina buat. Nak credit kat saper utk tuan empunya resipi nie Nina pun tak ingat kat maner terjumpa resipi nie. Dah lama ada dlm simpanan tapi baru nak mencuba. Maaf lah yeaa ...

Kek nie amat lah sesuai buat minum2 petang bersama keluarga tercinta atau sahabat handai. Kalau nak bagi ole-ole kat jiran, kengkawan atau dibawa ke rumah mak mertua pun OK. Hehehe . . . 

Disebabkan rasanya yang lemak manis lagi berkrim, so Nina buat minum bersama air Tea 'O' nipis/tawar - bak kata orang tua2 ( manis2 buah gitu). Kalau nak pekena ngan Black Coffee (Kopi 'O' pekat 'caw') lagi sedap. Perghh ...!! Orang tua2 suka kopi pekat nie .


Nina nie tak lah sehebat Kak Azlita MASAM MANIS ... Kagum kat beliau sebab resipi dia semuanya sedap2 belaka. Cantik pulak tuu ..... Menyelerakan sungguh bila tengok. 
hehee . . .

Tapi sekadar nak share apa yang ada, ini lah resipi nya.

KEK SIMPLE LEMAK MANIS LAGI BERKRIM
Bahan2 nya;
1 cawan Minyak Masak 
1 tin Susu Pekat
3 biji Telur
2 cawan Tepung Kek (self rising)
kismis ala kadar

Cara-cara nya ;
  1. Mula2 pukul Minyak bersama Susu Pekat hingga sebati
  2. Kemudian masukkan Telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati
  3. Masukkan Tepung Kek sikit demi sikit dan pukul lagi.
  4. Masukkan dalam acuan/loyang
  5. Taburkan kismis
  6. Kukus selama 1jam
  7. Keluarkan tunggu sejuk, potong dan sedia dimakan.
Senang kan membuat nya  dan bahan2 nya pun selalunya sedia ada di setiap rumah ~~~

P/s: Pastikan air betul2 mendidih dan jangan lupa balut tudung kukus dengan kain supaya wap air tak terkena pada kek.
Kek ini juga boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing..  kalau nak buh perasa pun boleh, nak buat colour lain-lain pun ok, layer~ pun cun!! Up to u...

Selamat mencuba.
  




Labels: