Friday, 6 January 2012

Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak .....

As'salam ....
Buat apa tuu?? Dah tidur kah.... pasti ramai yang dah lena dibuai mimpi-mimpi indah. Dah lewat malam baru Nina berkesempatan nak update entry. Lagipun memang blog nie dihasilkan sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi info/resepi yang Nina ada untuk semua disamping untuk rujukan Nina di masa akan datang. So, kadang sempat Nina update dan kadang tak berkesempatan mohon maaf jer laaa yea... Pastinya keadaan tidak mengizinkan.

Disebabkan Nina mengalami kebuntuan yang amat sangat siang tadi nak masak apa lalu terhasil resepi yang carca marba nie. Asalnya sotong nie Nina nak masak paprik campur udang, malangnya puas merata Nina gi kedai cari bahan-bahan lain seperti baby corn, kacang panjang, bunga kobis dll untuk dicampur dalam paprik tak der. Jadi cancell lah nak masak paprik. Tak sedapp nanti kalau kebanyakkan bahan tak cukup. Tambahan lagi, semasa Nina membersihkan sotong nie, mostly kesemua sotong ada telur didalam. Sayang lah pulak nak potong bulat-bulat. Nanti tak dapat merasai kenikmatan telur sotong tersebut. Kan kan kannnnnn.......

Akhirnya terjadi lah resepi Sotong Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak. Bila dah siap untuk hidangan, Nina rasa masakan Nina dan berkata dalam hati " macam pernah ku rasa masakan macam nie, tapi dimana yea...." hehehe . .. .
Sambil makan fikiran Nina dok melayang ke tempat lain memikirkan dimana Nina rasa masakan serupa begini. Tiba-tiba ~~~~ "Hah!! Dah ingat ..... macam kat kedai Nasi Kandar Ibrahim Syah di Jalan Tuanku Abdul Rahman" 
Untuk makluman, kat sana memang sedapppp Nasi Kandar dia. Mengikut tekak Nina lah, kalau sampai Penang pun tak akan Nina jumpa Nasi Kandar yang terangkat macam nie. 
Memang Perghhhhhh .....!!!! lah rasanyer ~~~~

Tapikan .... Nina nak habaq kat sini, resepi Nina nie tak der serupa macam Kari Sotong kat Nasi Kandar IbrahimSyah tuu cuma yang membuatkan rasanya sama setelah kesemua kuah-kuah dicampur ke atas nasi (masa makan kat Nasi Kandar IbrahimSyah) baru lah dapat rasa sama macam Sotong Masak Hitam Berempah Nina nie ...... kira Nina punya resepi nie All In One lahhh ... Hehehe . .  .
Panjang nyerr cerita Nina kali nie kann ..... Jom kita tengok resepi nyer~~



Sotong masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak
Bahan-bahan
500g Sotong sederhana size - tak potong punn sebab Nina punya mostly semua ada telur.. Hehehe...
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia -  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan


bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam


bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)


Cara-caranya

  • Sotong dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
  • Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
  • Selepas empuk, masukkan sotong. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak sotong akan rasa keras dan tak sedap)
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
  • Tutup api
  • Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba !!!







No comments:

Post a Comment