Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

As'salam dan salam sejahtera...
Syukur Alhamdulillah kita bertemu lagi di pagi Jumaat yang mulia ini. 
Apa khabar hari ini? Moga-moga sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan kita untuk hari ini. Amin ...


‎Ada satu hadis yang Nina suka nak share kat sini
~*•“Tiga hal adalah kemuliaan dunia dan akhirat: 
memaafkan orang yang menzalimimu, menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan sabar ketika engkau diperlakukan sebagai orang bodoh”.~*•
Nescaya, keberkatan dan kemuliaan yang tiada tandingnya untuk mu...

Hrrmmm .... bagi Nina, sebaiknya  biarlah apapun yang mereka ingin lakukan, yang pasti kita  tak akan membalasnya. Kerna jika kita berbuat demikian maka kita setaraf dengan mereka. Lebih baik kita berfikiran ke arah yang positif agar kita tidak bodoh selamanya. Bodoh kah??
Orang yang bodoh jika sentiasa belajar akhirnya pasti pandai dan mungkin akan lebih bijak pandai dari orang yang bercakap terhadapnya. 

Fikir-fikirkan dan renung-renungkann... selamat beramal~
Hehehee . . . .


Ok laaa.... Nina nie dok melalut pulak di hari Jumaat ini. Bukan apa, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain. Dan juga berdasarkan dari pengalaman yang tak seberapa ini. Moral of the story,  "Mengalah tidak semestinya kalah."  dan hitam tak semestinya tak cantik sebab hitam itu menawan dan lemak manis....!!! hehee . . ..

Ahaks!! dah ke laut~~~~  Ok laaaa, Jom kita tengok resepi Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
Ayuhh~~~



Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

Bahan-bahan
+-300g ayam - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - mayang halus
2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr
2 inch halia - dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara-caranya

Selamat mencuba!



Labels: