Sayur Tolak Campur Capsicum~~

As'salam dan salam sejahtera semua ....


Suka makan sayur tak?? Tak suka ehhh ....... Haishhh ..... tak boleh gitu, kena makan tau~~
Sayur merupakan makanan yang penting dalam sajian kita seharian. Sayur juga merupakan menu wajib yang perlu ada untuk keseimbangan diet seharian. 

Biasa tak makan capsicum atau cili benggala? Nina suka sangat pada capsicum nie sebab tak pedas dan warnanya cantik. Ada beberapa warna antaranya merah, hijau dan kuning. Capsicum atau Cili benggala punya banyak khasiat yang mungkin tanpa kita sedari. Kalau kita perasan, dekat fastfood seperti Pizza Hut,  capsicum antara sayur yang menjadi pilihan untuk diletakkan sebagai topping. 


Suka Nina nak share disini tentang khasiat capsicum/cili benggala
Cili benggala
• Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.
• Cili benggala merah juga amat tinggi kandungan vitamin A.
• Manis dan rangup, kegemaran kanak-kanak. Potong dan cicah dengan sos kegemaran kanak-kanak.
• Cili benggala lebih popular di India dan Arab serta menjadi kemestian dalam resepi lauk pauk mereka. Manakala cili benggala di Malaysia sering digantikan dengan cili padi dan juga cili besar.


Hari nie menu yang cukup simple, Nina main campak-campak ajerr ~~~
Sayur Tolak Campur Capsicum~~
Bahan-bahan
1/2 kobis
10 tangkai kacang panjang
1 batang carrot
1/2 cawan ikan bilis
beberapa chicken ball
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum kuning
1 biji telur
4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa jika perlu
air
minyak menumis

Cara-caranya
  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Goreng ikan bilis sekejap
  • Lalu tumiskan bawang putih sehingga keperangan
  • Masukkan sos tiram dan air, kacau rata  hingga mendidih
  • Masukkan carrot dan chicken ball  tunggu seketika hingga carrot separuh empuk
  • Setelah itu, masukkan kesemua sayur kacau rata
  • Pecahkan telur untuk pekatkan kuah tunggu seketika dan kacau
  • Masukkan garam secukup rasa jika perlu
  • Sedia dihidangkan.

Errmmm ..... kalau ada yang tak kenal sama capsicum,  ini lah dia capsicum

Selamat makan capsicum selepas ini ~~~~ 
heheee . . .









Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Mee Hoon Goreng Hailam

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.