Kuih Seri Muka Pelangi
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Bahan Lapisan Bawah
2 cawan santan cair (Nina guna 1 kotak kecik santan + 1 cawan air)
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam
Bahan Lapisan Pelangi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (Nina tambahkan lagi 2 sudu besar)
3 1/2 cawan santan (Nina guna 2 kotak santan kecik + 1 1/2 cawan air)
1 camca teh garam
1 camca teh perisa pandan (Nina tambah)
Pewarna Merah, Oren dan kuning - Nina guna warna hijau, kuning telur, pink dan purple
Cara-cara :
Selamat mencuba ...
Selamat Pagi !! Dah sarapan ker pagi nie? Jom kita sarapan bersama Kuih Seri Muka Pelangi pagi nie ..
Moga-moga muka kita berseri-seri sepanjang hari. Yelah tuu ..... Kalau dok monyok ajer tak akan berseri der muka tuuu. Sebaiknya kita serikan muka dengan senyuman yang ikhlas, pasti manis dipandang mata. Sejuk mata memandang ~~~
Atas permintaan anak Nina yang sulung - Eillya minta Nina buatkan kuih kegemarannya iatu Kuih Seri Muka. Eillya nie boleh dikategorikan penggemar tegar pulut. Kadang tuu, Nina kata kat dia, Eillya nie hantu pulut laaa ..... Hahaha ..
Moga-moga muka kita berseri-seri sepanjang hari. Yelah tuu ..... Kalau dok monyok ajer tak akan berseri der muka tuuu. Sebaiknya kita serikan muka dengan senyuman yang ikhlas, pasti manis dipandang mata. Sejuk mata memandang ~~~
Atas permintaan anak Nina yang sulung - Eillya minta Nina buatkan kuih kegemarannya iatu Kuih Seri Muka. Eillya nie boleh dikategorikan penggemar tegar pulut. Kadang tuu, Nina kata kat dia, Eillya nie hantu pulut laaa ..... Hahaha ..
Mana tak nyer, apa sajer menu berasaskan pulut pasti menjadi pilihan Eillya. Contohnya, lemang, pulut kuning dan semestinya kuih seri muka. Macam tak percaya pun ada ..... selalunya kanak-kanak sebaya Eillya lebih cenderung kepada kuih muih bergoreng tapi Eillya nie suka makanan orang tua.
Oopss !!! Orang dewasa. Hehehe . . .
Baru-baru nie Nina terpesona tengok kuih seri muka pelangi yang dibuat oleh kak Che CT. Cantik nyerr kejadiannyer !! Sememangnya Nina dah plan, cuti sekolah nie nak buat sama-sama Eillya kuih kegemarannya. Seronok bukan kepalang dia bila Nina ajak ke dapur dan buat sama-sama. Mostly semua Eillya yang prepare kan. Nina tolong pantau-pantau ajer... Cuma bab kukuskan lapisan pelangi Nina buat sendiri. Lapisan pelangi pertama yang bawah sekali, Nina buh colour hijau. Done-done Eillya seronok ingat kuih seri muka dia dah siap. Then bila Nina kata ada banyak lagi lapisannya, dia tanya kenapa lak banyak colour? Bukan ker colour hijau ajer kat atas. Nina kata laaa, kali nie kita buat seri muka pelangi - moden style punya. Hehehe . . . .
Setelah siap. Eillya tak sabar-sabar nak potong dan merasa air tangannya sendiri. Happy sungguh dia dapat buat sesuatu untuk aktiviti cuti sekolah nie ......
Banyak juga dapat adunan nie, Nina pun hantar lah sikit untuk Mak Anjang Nina dan buat jiran. Alhamdulillah Mak Anjang Nina suka dan kata rasanya sedang elok, tak berapa manis, sedappp dan cantik. Chewah .....!! Senyum meleret Nina .......
Terima kasih banyak buat kak CT di atas resepi beliau. Nina mohon share kat blog Nina pula yea..
Ini lah hasilnya .... (walaupun tak sehebat sentuhan kak CT )
Kuih Seri Muka Pelangi
Rujukan : Kak CT :: Dari Dapur CT :::Bahan Lapisan Bawah
2 cawan santan cair (Nina guna 1 kotak kecik santan + 1 cawan air)
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam
Bahan Lapisan Pelangi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (Nina tambahkan lagi 2 sudu besar)
3 1/2 cawan santan (Nina guna 2 kotak santan kecik + 1 1/2 cawan air)
1 camca teh garam
1 camca teh perisa pandan (Nina tambah)
Pewarna Merah, Oren dan kuning - Nina guna warna hijau, kuning telur, pink dan purple
Cara-cara :
- Panaskan periuk kukus hingga air mendidih
- Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan
- Apabila pulut telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat - boleh juga alas loyang dengan plastik agar senang nak keluarkan kuih nanti
- Satukan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, blender halus dan tapiskan
- Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak. (Nina buat 4 bahagian)
- Masukkan setiap bahagian dengan satu warna dan kacau rata
- Kukus semula pulut yang telah dimampatkan
- Tuang lapisan dengan warna merah (Nina mula dengan warna hijau) dan kukus selama 8 minit. Buat lapisan kedua kukus lagi dan seterusnya sehingga habis
- Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan tuala bersih pada tutup kukusan agar tiada air menitis atas kuih nanti. Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik
- Sesuai untuk minum pagi atau petang.
Selamat mencuba ...
wah sgt mnarik la kaler kuih seri muka tu...QH mmg suka dgn kaler yg terang2 cmni...simpan resepi nk cuba nti...hihi
ReplyDeletesimpan jangan tak simpan QH resepi nie.... Hehehe ..
Deletesedappp tau!!
Nanti free2 cuba laaaa..
Kalau suka manis kena tambahkan sikit lagi sukatan gula nyer ;)
Amboi la...rajinnya melapis smpi 4 kaler tu....
ReplyDeletetabik spring lah !
Asyifa,
Deleterajin lerr sangat Nina nie...... hehe
Kalau ikutkan tahap kerajinan betul2 nak ajer ikut colour pelangi betul2
malangnya Cik 'M' ada, malas nak keluar pi beli colour lain tak der dlm simpanan. Colour tuu ajer ada . . . jadi laa
As'salam Nina
ReplyDeleteperghhh..menarik sungguh kaler pelangi pagi ni, rasaya semalam yang hujan, tapi pagi ni pelangi keluar lewatlah ya hihi
Terima kasih Nina sudi mencuba, rajin juga anak dara Nina tu ya, dah boleh cari calon menantu ni hahaha
Wa'alaukumussalam Kak CT sayang~~
DeleteTQ kak, a'ahh... pelanginya keluar lewat sikit
sibuk dok melayan anak-anak sampai lupa nak tekan publish
hehehe
Terima Kasih utk kak CT juga kerna share resepi yg simple dan mudah bahannya penyediaannyer.
Eillya tuu rajin ada makna tuuu... maklum lah kuih fav dia.
Calon menantu?? Calonnya, calonnya..........
sebaya dengan Akim anak bongsu kak CT kan??
hehehehe.. (gurau ajer)
alahai..sedap ni;))
ReplyDeleteLaskar Pelangi,
Deletepatut cuba .... sedappp dan sesuai ngan nama awak
hehehe...
Tentu lagi cantik pelangi nyer ;)