Kuih Kaswi Pandan Lemak

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...


Doa Ramadhan: Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih."


Kuih kaswi merupakan antara kuih tradisional yang diminati ramai. Kuihnya yang lembut lagi wangi selalu menggoda penggemar kuih tradisional. Asalnya kuih kaswi nie berwarna coklat (bukan rasa coklat ehh.... ) berasaskan gula melaka. Ianya punya rasa lemak manis gula melaka yang tersendiri apabila diadun bersama bahan-bahan lain termasuk santan. Memang mewah rasa kuih kaswi gula melaka nie. 


Tapi hari nie Nina nak share Kuih Kaswi Pandan Lemak. Kuih kaswi pandan lemak nie tak kurang hebat rasanya. Penggemar rasa pandan dan kuih yang colour hijau macam Nina pasti sukakan rasa dan wanginya. Sedap dan menggoda ~~  
"Hijau kan dan sayangi lah bumi kita" ... 
Chewah~~ mentang-mentang lah kuih colour hijau, ke situ pulak. Hehehe . . .


Kalau ditanya antara kuih kaswi gula melaka dengan kaswi pandan lemak, masing-masing punya keistimewaan yang tersendiri. Tepuk dada (jangan kuat sangat lak ehh...) tanya lah selera ;)
hehehe . . . 



Ok laaa .... Jom tengok resepi kuih kaswi pandan lemak nie.. Sangat mudah, cepat dan ringkas penyediaanya. Biasa lah Nina ...... semuanya nak yang ringkas ;)
Nina buat dalam bekas yang kecik-kecik tuu ... dapat banyakkkk..   
Apalagi, Nina pun hantar lah kat rumah Mak Anjang Nina sikit dan hulur kat kat jiran sikit ....  


Kaswi Pandan Lemak
Resepi asal : MyResepi Kak Besah

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan  (Nina letak 1 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh Air kapur sirih
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau.


Cara membuatnya :
1-  Mula-mula, panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunanya tidak mengambil masa yang lama.
2-  Kesemuanya bahan adunan dicampur dan dikacau rata sehingga tidak bergentel.
3-  Kemudian adunan tersebut ditapis
4-  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
5-  Kukus selama 20 - 25 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
6-  Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 

Note : Kelapa parut Nina kukuskan sebentar supaya lebih tahan lama dan lebih rasa lemaknya.

Senang dan cepat kan ..... Selamat mencuba !!





Labels: