Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar kengkawan tersayang? Moga sihat walafiat disamping orang tersayang dan  moga dipermudahkan segala urusan seharian hendaknya..

Hari ni Nina nak sharekan resepi yang mudah dan amat sedap dinikmati bersama keluarga tersayang. Ditambah lagi dengan inti cream custard nya yang lemak manis pasti menambat hati yang tersayang~ 
Percaya lah ....!! Dah rasa satu ketul pasti nak dua,  dan lepas tuu gerenti nak tiga dan seterusnya.... Buleh bikin tak berhenti makan...!! hehee . . .

Anak-anak punya lah suka ..... tak cukup rasanya satu adunan nie! Nampaknya lain kali Nina kena doublekan LAGI adunan nie. Huhuu . . .
Gembira rasa hati tatkala melihat MyGang dan anak-anak sukakan hidangan kita :)
(tak terungkap dengan kata-kata....)

Resepi ni Nina rujuk dari Yani MyResepi. Terima Kasih Yani...
Memandangkan Yani kata resepi nie dapat dalam 10biji, so Nina pun doublekan adunan. (tapi tak cukup juga untuk family Nina) hehee . . . 

Mula-mula kena buat cream custard nya dulu yea..
Supaya nanti cream custard dah sedia sejuk dan bolehlah di paipkan terus ke cream puff.
Memasak nie kadang kala perlukan perancangan yang betul agar proses memasak jadi mudah, teratur dan  seronok :)



CREAM CUSTARD
Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


CREAM PUFF

Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)  

Selamat mencuba!








Comments

  1. sedapnya cream puff.. dah lama tak wat... nozel lak dah TERRRbuang.. sbb buang cream topping hari tu.. dah lama simpan dlm freeze.. aleh2 angkat skali nozle dia.. uwaaaaa.. bukan sket.. 5 uuuuuu.. esok tu baru teringat... lori sampah pun dah kutip sampah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JaSSNaNi,
      sedeyy nyer dengar citer u .... Frust kan?
      Jangan sedey ehh, nanti bodeklah En Abg beli nozel 1set.
      hik hik hikk~~

      Delete
    2. Salam kak nina
      sy dh 3x bt tp xpenah menjadi
      cream xda mslh cuma puff jew huhu
      knp ek?

      Delete
  2. Wasalam Ejah,
    Untuk pengetahuan Ejah, kak Nina pun pernah mengalaminya.
    Pada pendapat kak Nina, dari pengalaman kak Nina - maybe sebab bahan & sukatan yg kurang tepat,
    contohnya sukatan telur amat memainkan peranan. Even terlebih sikit pun
    nanti adunan akan cair..
    untuk step no.3 - adunan perlu dikacau hingga kental.
    untuk step no.5 - kalau menggunakan mixer, jangan pukul terlalu lama, nanti adunan akan menjadi cair.

    Moga tips ini dapat menbantu Ejah :)

    ReplyDelete
  3. Salam Akak. Kalau saya nak ganti cream custard tu dengan whipped cream + strawberry je ok tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      untuk creamnya boleh ajer digantikan dengan whipping cream atau buah-buahan kegemaran

      Delete
  4. slm..sy br nk mencuba, ada resepi sy terbaca guna tepung naik sndiri (raising flour), mna lbh elok kta guna tepung gandum atau tepung naik sndiri kak..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. SDB - Sudu Besar
      SDT - Sudu Teh

      Tak silap lah :)

      Delete
  6. Monster Muffins,
    sdb = sudu besar
    sdt = sudu teh

    ReplyDelete
  7. comel..sy baru nak try wat cream puff ni..izin copy resepi sis..tq..

    ReplyDelete
  8. kalau mentega tukar jadi planta boleh ?

    ReplyDelete
  9. satu cawan tepung tu kan..cawan tu besar mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Aniza,
      cawan yang Nina gunakan adalah cawan untuk baking
      boleh dibeli kat bakery. Mostly ramai yang gunakan sukatan cawan ini untuk baking.
      Kat hypermarket pun ada jual...

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Thank you for sharing the recipe. Baru jeh buat tadi, first time and menjadi! Happy sangat. Thank you^^

    Tapi nak tanya, ada tips tak macam mana taknak bagi cream puff tuh kosong kat tengah? Maknanye cream puff tuh padat. Mohon share kalau tau :)

    And macam mana ye nak buat cream custard tuh cair sikit? Yang resepi akak share sedap, tapi saya lebih suka kalau cream custard nya cair sikit. Hehe

    Papepon terima kasihhhh ^^

    ReplyDelete
  11. salam sis... nak minta share resepi ni di blog saya www.edaariff.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eda Ariff,
      pertama sekali.... maaf bebanyak! Nina baru perasan ur comment.
      Silakan... Boleh boleh... Resepi yang ada kat CoratCoret Nina memang untuk dikongsi bersama :)

      Delete
  12. Kak adunan ni dpt brapa bji puff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakim,
      Adunan ni x dpt byk. Bergantung pada nozel dan size besar Cara kita paipkannya.
      Kak Nina punya agak2 besar dpt dalam 10biji ++

      Delete
  13. Assalamualaikum sis..sy dh try custrd puff sis ni..msa bkar naik elok puffnyer tp bla dh abih bkar kmpis pulak..huhu..knapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam mikiorianeko,
      Banyak faktor yang boleh jadi punya
      Antaranya
      Belum cukup masak dah keluarkan dari oven -- tambahkan masa
      Suhu oven dan kuantiti -- kurangkan sikit puff (jarakkan) supaya puff dpt suhu yang rata
      Ppsstt >>>> boleh view entry Nina baru-baru tentang tips/cara membuat dan resepi cream puff.
      Dari kesilapan kita akan lebih expert nanti ;)
      Keep in touch & Good luck

      Delete
  14. Hehe..tq sis kak nina mirza..nti2 sy try lain..aritu trigin sgt nk mkn custrd puff..tu yg uat tu..tp xjd plak..nti bla uat lain sy ikut tips2 yg kak nina bg..^_^ trima ksih ye..halalkn ilmu yg diberi..

    ReplyDelete
  15. baru buat td tp kempis lak lps keluarkan dari oven....1st time buat menjadi ni 2nd time buat xmenjadi lak...huhuhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina ada share baru2 nie tips utk buat cream puff menjadi dgn jayanya....
      Nanti view ehh...
      Byk faktor puff Kempis, maybe Kurang masa atau tepung x cukup masak atau telur.

      Delete
  16. Cream puff mmg sedap sangat...

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam