Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Kari Kepala Ikan….
Kari style mana yang sedap? 
Kari Melayu yang ada santan ker, Kari style mamak tanpa santan? Ker Kari style baba nyonya? Hah..!! Mana satu pilihan kalbu…

Bagi Nina pula, kari ikan mana-mana pun sedap. Itulah keunikkan makanan Malaysia. Satu jenis masakan yang dipelbagaikan akan terserlah kenikmatannya yang tersendiri.
Itu belum bab kari lain2 negeri ……. Yang pedas, yang lemak, yang berempah, macam-macam ada…

Kalau masak kari ikan style Nina sangat simple! Pasal Nina pun tak gemar yang remeh~
Bahan asas yang utama mesti ada – rempah campuran kari ikan.
Apa tuu? Senang ajer…. Nina beli yang dah ready packing dan memang tertulis label rempah campuran kari ikan. Kat mana nak beli? Boleh didapati kat Mydin, Giant dan Tesco pun ada rasanya… Dalam satu paket semua ada… All in One

Selain tuu, bahan asas yang utama tentu lah rempah serbuk kari ikan. 
Jangan tanya Nina brand apa yang sedap. Macam-macam brand Nina cuba dan semuanya ada kelainan dan keunikkan rasa yang tersendiri.
Antara yang Nina suka adalah rempah Kari Ikan Babas dan Mak Siti. Sebab?
Kedua-dua brand ni tak berapa pedas. Ada sesetengah brand tu pedas dan kesian kat anak-anak sambil makan sambil minum air bergelen-gelen gamaknya… huhuuu . . . .
(walaupun Nina tak tambah cili dalam masakan)
Brand apa tuu? tak mau cakap brand apa. Tolong jangan paksa Nina kasitau cuz prinsip Nina tak akan cuba-cuba nak buka aib orang….. even setakat rempah yang bukan orang~ hehe…

Lupa nak kasitau, rempah Kari Ikan Babas ada 2jenis. Yang jenis pedas pun ada tau! Masa beli kena tengok betul-betul. Yang pedas tuu ada tertulis kat gambar ikan. Rasanya dia tulis ‘Hot Spice’ kot…..

Dalam fridge hanya ada ikan kerapu…. Fikiran dok melayang-layang memikirkan nak masak apa dengan ikan kerapu nie~ 
ikan kerapu kerr...... dok merapu??  Kalau dok merapu, Nina tak attached resepi.... hehee...

Memandangkan MyGang tak makan nasi, so Nina kena mix match (macam baju lak kann) hidangan yang boleh disesuaikan makan bersama roti.
Selalunya Nina akan masak sambal. Senang dan sedap buat cecah roti. Contohnya sambal sardine yang Nina masak masa Nina demam hari tuu…..

Disebabkan Nina nie suka yang ringkas ajer, so Nina jarang nak blend bawang dan sebagainya. Just hiris halus dan bawang putih lak Nina suka ketuk ajer. *malas basuh blender sebenarnya*
Pastu lak, kadang-kadang ajer Nina letak daun kari. *selalunya tak letak punr~* hehee….
Maklum lah kat rumah Nina tak der pokok kari. Nina just guna pakai apa yang sedia ada ajer kat rumah. Kalau ‘ter’ada daun kari (ambik kat rumah mama) Nina letak kalau tak der pura-pura tak tahu jerr~~ hehee
Ok jom kita masak kari Ikan Kepala Kerapu..

KARI KEPALA IKAN KERAPU
Bahan-bahan
1-2 ekor ikan kerapu (bergantung pada size)
1 biji bawang besar – Nina hiris halus jer
2 ulas bawang putih – Nina ketuk cincang halus
1 inch halia – diketuk dan cincang halus
4 sudu besar serbuk kari Ikan – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
2 sudu besar rempah campuran kari ikan
2 biji tomato belah empat
1 paket santan serbuk – dibancuh dengan air 1cawan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1-. Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan rempah campuran kari hingga wangi.
2-. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3-. Masukkan bancuhan pes serbuk kari ikan. Masak hingga terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana.
4-. Tuang air mengikut citarasa nak banyak mana kuah. Nina suka kuah yang agak pekat pasal nak cecah sama roti. Masak hingga kuah mendidih
5-. Selepas itu, masukkan ikan, tomato dan santan serbuk yang dah dibancuh dengan air. Kacau sentiasa perlahan-lahan sampai mendidih dan ikan masak. Jangan kasar-kasar, hancur lak ikan tu nanti.
6-. Rasakan dengan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan….




 Ini lah rempah campuran kari ikan...



Labels: