Posts

Showing posts from August, 2012

Sup Ketam! Slurpp slurpppp~~

Image
As'salamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang tersayang.... Dah lebih seminggu umat Islam menyambut Syawal.  Buat warga kota, pastinya hujung minggu nie  jadual masing-masing dah tentu penuh dengan 'open house'. Ada yang buat time breakfast, lunch, tea time... malah ada juga yang buat  time  supper! Tentunya tuan rumah nak pastikan semua tetamu dapat menghadirkan diri...  Itu belum campur dengan jemputan perkahwinan. Wajib pergi tuu..!!  Time gini lah semua demam menjelma. Demam raya, demam kenduri kahwin, demam open house, demam selsema, demam batuk dan tak pula demam dah cuti lama dan demam malas nak keje. Demam MC! Hehehe . . . . Deman demam demam! Sana sini orang demam.....  Maklum lah, musim perayaan nie bila kita  ziarah menziarahi kaum saudara, sahabat handai dan juga kenalan pastinya hidangan minuman berais, bergas yang disajikan. Alasannya = cepat dan mudah! Betul3x ...tak dinafikan ;) itu lah penangan demam. Ditambah pula d...

Salam Aidilfitri 2012

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang... Tinggal lagi beberapa minit seluruh umat Islam dibumi Malaysia dan seangkatan dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan buat semua yang telah menunaikan ibadah puasa yang lalu. Betapa sayu rasa hati meninggalkan Ramadhan dan rasa gembira menyambut Syawal tidak dapat dinafikan..... Bukan anak kecik sahaja yang gembira menantikan Syawal, dewasa tidak kurang sama.. Nina antaranya...(menunggu duit raya dari Hubby~~~) Hehhee . .. . Dikesempatan yang ada, Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon kemaafan jika ada salah dan silap antara kita sepanjang perkenalan kita. Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini.  Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 ,  halalkan juga makan minum Nina yea ....  Buat teman-teman blogger pula - andai ada yg ter...

Sagu Bronok Kukus Ala Johor

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera.... Sagu bronok?? Pernah dengar tak nama nie....?? Actually Nina pun first time dengar... Selalunya Nina dok panggil kuih sagu ajer, dan baru hari nie Nina tahu yang namanya unik - Sagu Bronok.  Nina terperasan tentang nama sagu nie bila terlihat kat blog Zila  beberapa minggu yang lalu. .. Disebabkan pewarna merah tiada dalam simpanan, dan dalam hati nie dok meronta nak juga cuba buat sagu bronok nie, Nina pun belasah lah color lain yang ada kat rumah Nina...... So, terjadi lah sagu bronok yang dimodenkan ala-ala colour bendera Johor.  Memandai ajer Nina nie kannnn ...... Hehehe ..... Kuih sagu nie antara kuih yang selalu ada dijual kat bazar Ramadhan. dan amat mendukacitakan apabila Nina dapati kuih sagu yang kecik molek dijual pada harga 1=40sen ataupun ada sesetengah tempat 1=50sen. Sedangkan bahan asasnya amatlah mudah, ringkas dan tak der lah semahal mana punn....  Eermm .... takper laa, tak mau komen ban...

Crunchy Almond Biscotties .... !!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang.... Aduhai ......!! Dah lama Nina  tak meng'update'kan entry. Maaf lah buat yang tertunggu-tunggu khabaran dari Nina.  Sejak minggu yang lalu, jadual Nina teramat lah sibuk dengan bermacam-macam urusan. Semuanya perlu dibereskan sesegera yang mungkin. Kebetulan, minggu lalu juga Nina ada exam so terpaksa lah Nina lupakan sebentar teratak Nina nie.....  Jutaan Terima Kasih buat yang masih sudi singgah kat teratak Nina walaupun tiada sebarang hidangan panas dari Nina... Yelah kann, bila buka ada blog Nina nie, balik-balik dok tengok   Puff sausage Puff ajer kannn....  Tayang lelama mau dah basi dibuatnyerr~~ Hehehe . . . . Nina nie orang nya amat lah simple so mostly menu yang ada dalam teratak Nina nie pun semua yang ringkas dan cepat. Lagi pula, Nina juga masih banyak yang perlu dipelajari lagi bab selok belok masakan nie. So, kita belajar sesama ajer laaaa yea~~~ Hari nie Nina nak share anta...

Puff Puff Sausage Puff ...

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda  Barangsiapa Dikurnia Allah kenikmatan hendaklah dia bertahmid (memuji) kepada ALLAH,  dan barangsiapa merasa diperlambat rezekinya hendaklah dia beristighfar kepada Allah. Barangsiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan : "Laa haula wala Quwwata illa billahil aliyyil adhim." (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan serta Allah Yang MahaTinggi lagi Maha Besar)" (HR .Baihaqi). Semoga kita semua termasuk digolongan orang yang pendai mensyukuri nikmat yang diberikan Allah kepada kita.. Amin... Syukur Alhamdulillah... Dugaan yang silih berganti buat Nina dibulan Ramadhan yang mulia ini banyak menyedarkan Nina bahawa diluar sana lebih ramai lagi insan yang lebih susah hidupnya. Syukur Nina dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa memahami dan terbaik disisi Nina selalu. Betapa beruntungnya Nina rasakan kerana tiap cabaran/dugaan untuk Nina   ...

Kaswi Citrawarna

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang  ... Belajar lah untuk memaafkan orang lain jangan tangguh-tangguh untuk memaafkan..  Walaupun orang itu sering menyakiti kita atau menganiayai kita kerana bila kita memaafkan orang itu, hati kita akan tenang, rezeki mudah masuk, malah dapat pahala berganda dan yang penting Allah memberkati hidup kita..kerana Allah SWT sahaja  yang boleh menghukum org yg buat aniaya tu....  Dato Fazilah Kamsah Cuaca yang mendung kat luar semendung hati Nina. Semangat untuk  berblog  -  berkongsi ilmu yang sedikit cuma ada,  tetiba merundum. Puas rasa hati ini nak meningkatkan semula semangat yang ada. Dimana kah semangat ini pergi >>>>?? Kekadang tu memang rumit nak menerangkan disetiap entry bahawa Nina TIDAK BERNIAT  sama sekali nak  'eksen' apatah lagi menunjuk atau bangga diri  dengan apa jua menu yang Nina sajikan untuk keluarga Nina. Silalah fahami tujuan N...

Agar-Agar Kemenyan. Alamak... !! Bunyi macam seram ajerr .... tapi serius, sedapppp!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ... Doa Ramadhan : Hari ketiga Belas Ya Allah... Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa. Dan bergaul dengan orang-orang yang baik.  Dengan bantuanMu, wahai Dambaan orang-orang miskin. Amin.... Dalam kotak fikiran Nina memang dah terfikir nak buat agar-agar nie, bahan-bahan pun dah prepare awal beli sebelum bulan Ramadhan tiba lagi. Masa hampirnya bulan Ramadhan, Nina memang dah siap-siap beli segala bahan keperluan. Bukan apa, nanti senang kalau jam tuu nak buat tak perlulah pegi kedai semata-mata nak beli bahan tersebut. Dari sehari ke sehari dok plan nak buat tapi tak terbuat-buat. Kadang tuu, dah rancang nak buat tup-tup lain pula yang terlintas diminda Nina. Atau erti kata lain, teringin pulak nak makan nie... nak makan tuu.... sebab tu selalu lari dari rancangan. Beberapa hari lepas, Nina terperasan ...