Posts

Showing posts from October, 2012

Daging Korban Goreng Berempah

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ..... Daging korban! Nak masak apa dengan daging korban nie....?? Pasti kekadang tu terlintas dibenak fikiran masing-masing memikirkan perihal daging korban  nak dimasak apa agaknya ..... Kalau setakat nak masak sup dah biasa sangat, kurma boleh lah rujuk SINI ,  dan boleh juga try berempah ala-ala mamak nasi kandar yg dah beberapa kali Nina masak - tengok  SINI Kali nie Nina nak share resepi yang berempah juga, tapi lebih kepada jintan manis dan sangat memerlukan daun sup untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya ... Memang sedapp kala tergigit daun sup dan jintan manis tuu... Kalau nak tambah black pepper pun ok juga cuma takut nanti hilang rasa asli jintan manis dan daun sup tu nanti tenggelam dek kepedasan black pepper tuu... Sebaiknya kalau nak pedas, tambahkan cili blend ataupun cili padi sikit. Nina kalau masak untuk sekeluarga memang tak berapa pedas, bukan apa.... masak untuk semua makan terutama sekali untuk dikecil Yan...

Agar-Agar Cendol Gula Melaka.... Sedappp nyer!!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Fuhh... Fuhh ....!!!  Tiup-tiup habuk sambil buang sesawang yang ada kat teratak Nina nie.....  Hampir sebulan juga Nina tak bersiaran tuk update entry.  Naik berabuk dibuatnya kannnn Hehee Jutaan Terima Kasih  buat yang sudi singgah teratak Nina....  Terima Kasih juga buat yang sudi vacum/sapu tak kurang yang lap sambil tiup-tiup buang habuk dan sesawang yang ada kat CoratCoret Nina nie semasa ketiadaan Nina....  erkkk~ yolah tuuu Disebabkan lama tak update entry, pasti naik bosan teman-teman dok tengok Nasi Planta Pelangi  ajer kannn..... Sorry ehh ....  Ciann u all ~~ Insya'Allah, lepas nie Nina akan cuba untuk update seperti biasa jika keadaan mengizinkan.. Maklum lah, asal blog ini tercipta pun sekadar mengisi masa lapang Nina disamping berkongsi ilmu yang tak seberapa nie buat yang memerlukan. Selain dari itu, sebagai rujukan Nina kemudian hari, juga buat anak-anak dan Hubby a.k.a 'My Gang'...

Nasi Planta Pelangi.... warna kehidupan :)

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Apa khabar teman-teman Nina yang tersayang...? Sihat ker? Nina harapkan anda semua sihat sejahtera hendaknya... amin.. Dah makan ker? Makan apa pagi tadi ...? Pastikan yang berkhasiat dan sebaiknya jadikan amalan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas/2 litter air kosong sehari. Atau lebih, lebih baik jika mampu... Maklum lah semenjak dua menjak nie keadaan cuaca yang tak menentu antara faktor yang menyebabkan ramai kengkawan kita yang kurang sihat.  Bukan apa, kadang tu cuaca tengah panas terik tetiba tup tup tak der angin tak der guruh, hujan pun turunnnn... "Arni, angkat hujan... jemuran dah turunnn"  ::: Tiap kali hujan turun, dialog Pendekar Bujang Lapok ini lah yang sentiasa bermain diminda Nina.. Hehhee . . .  Ikutkan nak buat Nasi Hujan Panas.... (selalunya 3warna ajer) memandangkan cuaca dok hujan dok panas so Nina pun tambah lagi sikit  warna biru...  Maka terjadilah warna pelangi :) Dengan harapan kalau nan...

Fish n Chips with Mushroom Black Pepper Sauce~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Imam Hasan Al-Basri r.a. berkata: “Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain." Salam Jumaat buat semua .... Apa khabar teman-teman semua yang tersayang...? Nina doakan semuanya sihat walafiat disamping tugasan yang sedia menanti dan juga bersama keluarga tercinta.  Setiap insan di dunia ini sememangnya tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan  namun jika kekurangan dan keaiban yang ada pada diri sendiri dipandang dari sudut yang positif, ingin sentiasa belajar dari kesilapan pasti akan memberi sejuta kebaikkan dalam diri.  Berbalik kepada menu hari nie merupakan menu yang simple, cepat, sederhana lagi berkhasiat antara menu yang selalu menjadi pilihan Nina sekeluarga. Tambahan pula, Mr.Hubby kurang sangat nak makan nasi so menu western lah yang selalu menjadi pilihan dihati.... Hari nie Nina nak share resepi Fish n Chips with Mushroom Black Pepp...

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh. Kecik bukan sebarang kecik tau! Banyak khasiatnyaa....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang.... Telur burung puyuh....!! Pasti ramai yang kenal akan telur burung puyuh nie kan...... Kecik bukan sebarang kecik tau telur nie kerana sebiji telur burung puyuh nie bersamaan dengan 4biji telur ayam!!! Dasyat kannn.... Sapa lah yang sanggup nak makan sekali gus 4biji telur ayam~~ Hehhee... Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak  namun begitu, kepelbagaian itu penting.  Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.  Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Te...

Cucur Cekodok~ Carca Marba Macam-macam ada...!!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera... Good Morning! Ceria ker hari nie? Rasa-rasanya mood tuu ke laut kerr~~~ Jangan lah gitu..... Nina sedia maklum, buat yang bekerja tuuu  semalam Monday Blues so hari nie kenalah cergas agar perjalanan seharian berjalan lancar. Tak mau malas-malas lagi ehh....... Kerja kena mau ikhlas baru lah berkat :) Nina memang suka buat cucur untuk sarapan dan akan pastikan Nina letak macam-macam kat dalamnya. Terutamanya dari bahan sayuran seperti carrot, kacang panjang dan juga kentang. Alhamdulillah, anak-anak Nina suka. Ini salah satu menu sihat dan secara tidak langsung Nina menggalakkan anak-anak makan sayur-sayuran. Buat kaum ibu yang punya masalah anak susah makan sayur boleh lah cuba menu nie. Manalah tahu kannn...... anak-anak suka dan makan dengan rela! hehee.... Cucur Carca Marba Bahan-bahan  (sukatan agak-agak jer yea ... kalau pekat tambah air kalau cair tambah tepung lak... janji tak pekat sangat dan tak cair sangat kira...