Posts

Showing posts from March, 2013

Cream Puff with Custard Cream....!! Walla~ Senang ajerr buat ni rupanya.....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar kengkawan tersayang? Moga sihat walafiat disamping orang tersayang dan  moga dipermudahkan segala urusan seharian hendaknya.. Hari ni Nina nak sharekan resepi yang mudah dan amat sedap dinikmati bersama keluarga tersayang. Ditambah lagi dengan inti cream custard nya yang lemak manis pasti menambat hati yang tersayang~  Percaya lah ....!! Dah rasa satu ketul pasti nak dua,  dan lepas tuu gerenti nak tiga dan seterusnya.... Buleh bikin tak berhenti makan...!! hehee . . . Anak-anak punya lah suka ..... tak cukup rasanya satu adunan nie! Nampaknya lain kali Nina kena double kan LAGI adunan nie. Huhuu . . . Gembira rasa hati tatkala melihat MyGang dan anak-anak sukakan hidangan kita :) (tak terungkap dengan kata-kata....) Resepi ni Nina rujuk dari Yani MyResepi . Terima Kasih Yani... Memandangkan Yani kata resepi nie dapat dalam 10biji, so Nina pun doublekan adunan. (tapi tak cukup juga untuk family Nina...

Fish & Chips with Rice Ball.. Menu untuk SiManja anda..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Pernah tak mengalami situasi anak yang sukar makan? Kebiasaan ibubapa akan mengalami situasi begini dan mostly kanak-kanak punya sifat begini...   Jarang ada anak yang suka makan, tak memilih menu, terima dan makan ajer apa yang dihidangkan...  Setuju tak? Jangan risau kerana anak yang sedang membesar sedang mencari minat mereka. Ibubapa lah yang harus hormati minat dan citarasa mereka. Tak semua kanak-kanak sama citarasa walaupun mereka adik-beradik. Mereka pun macam kita juga,  punya selera dan citarasa makanan  yang pelbagai menu, begitu juga mereka. Yang penting, kita harus sajikan makanan yang berkhasiat dan  seimbang. Kadang-kadang memang stress dibuatnya kan...??  But how ....? Disini Nina sharekan menu yang simple dan berkhasiat untuk simanja anda. Ada ikan untuk protien, ada kentang untuk karbohidrat, ada sayuran, tomato dan tak lupa Nina sediakan nasi (makanan utama kita) yang telah Nina kepal-...

Donut oh donut... Jom main tepung dan tekap-tekap doh..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Cuti sekolah telah bermula. Apa aktiviti anda bersama anak-anak seminggu ini? Jika belum ada plan nak bawa anak-anak bercuti boleh lah bawa anak-anak pulang ke kampung halaman. Maklumlah, time sekarang baru nak book hotel atau flight kemana-mana pasti nya dah fully book ataupun harganya sangat lah mahal. (kalau mampu on ajer laaa...) Ataupun, pulang ke kampung halaman ...... Pasti bestkan buat yang ada kampung halaman? Sekurangnya, ada juga tempat yang nak dituju >>>> Macam Nina, kampung pun dah tak der so untuk hari ini Nina bersama anak-anak menghabiskan masa bersama didapur sambil buat donut bersama..  Jom kita bermain tepung dan main tekap-tekap doh. Gerenti anak-anak suka :) Ok, moh ler kita tengok resepinya~~ Donut Gebus 500g tepung gandum 1 peket mauripan 11g 200ml air suam secubit garam - Nina letak 3/4 sdt 1 biji telur kuning telur 50g mentega 1 sdb shortening 2sdb susu pekat 2 sdb gula pasir..nak letak le...

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .. Jumaat kunjung tiba lagi .... Syukur Alhamdulillah Kejap ajer kan dan nak weekend dan dah nak bermulanya cuti sekolah.... Apa plan cuti sekolah nanti? Pastinya membawa anak-anak balik kampung @ holiday kann...?? Kalau ada kampung best laaa..... kalau tak der, hhrrmmmm .......  cuti-cuti Malaysia lah jawabnya~~~ Moga masa cuti sekolah ini memberi manfaat bersama dan merapatkan lagi ikatan sekeluarga.  Time seronok-seronok tuu nanti jangan lupa keselamatan bersama~ Setiap hari dok masak dan ada ketikanya tak tahu dan jadi buntu dibuatnya bila memikirkan apa menu yang nak dimasak. Pasti ramai yang mengalaminya kann...? standard lah tuu.. Nina juga selalu mengalaminya ~~ huhuuu . . . . Nina ni pula type yang tak suka melakukan benda yang remeh. Semestinya sesuatu yang simple, cepat dan berkhasiat menjadi menu pilihan Nina. Baru-baru ni, Nina buatkan tuk MyGang menu yang ringkas dan tentunya MyGang sukakann..! Maklumlah, ...

Rainbow Cake... Inilah warna kehidupan

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Bertemu kembali kita disini .. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi Yang Maha Esa. Segala apa yang terjadi semuanya dengan izin DIA. Walau  betapa hebat dugaan yang melanda dan harus ditempuhi namun dengan izin DIA jugalah kehidupan ini dipermudahkan untuk dilalui oleh setiap insan.  Warna kehidupan kita berbeza namun kitalah jugalah yang mewarnainya. Setiap warna ada keindahan dan  kenangannya yang tersendiri dan itulah warna-warna kehidupan yang dianugerah oleh DIA untuk setiap umat NYA.. Kita akan rasai keindahan warna warni kehidupan ini jika kita menghargai dan mensyukuri setiap nikmat dari DIA Angin menderu Dahan jatuh menimpa batu Guguran... Angin menderu Dahan jatuh menimpa batu Guguran... Murai terkejut berkicau-kicauan Langit mendung diliputi awan Alamat bumi disirami hujan Hatiku rindu Orang jauh tak lupa dari Kenangan... Hatiku rindu Orang jauh tak lupa dari Kenangan... Fik...

Tauhu Bunga/ Tauhu Terbalik Berinti

Image
As'salamualaikum dan salam sejahtera ... Ada sesapa pernah dengar menu Tauhu Bunga? Tahu ker ada yang tak tahu...?? :P Menu nie dah lama cuma Nina ajer yang baru nak share kat sini. .. Tauhu bunga nie menggunakan tauhu kering yang biasanya ada diletakkan dalam mee kari. Tauhu nie pula kalau makan gitu ajer, macam tak best. (ikut tekak Nina laaa....) Sebenarnya kann.... Nina yang tak reti makan tauhu. Tapi yang peliknya, tau foo faa suka pula. Dan, Tauhu Bunga nie pun Nina laju lak makann~ hehe Dah lama Nina nak share resepi nie namun tak punya banyak masa time tu... Baru-baru nie Nina pun memulakan operasi dan berjaya juga update kat teratak Nina nie... Tauhu bunga nie 1st time Nina rasa kat rumah adik ipar Nina. Sedappp ....! Rasanyanya yang ranggup kat luar akan membuatkan kita tak perasan pun dah belasah beberapa ketul! H ehee.... Actually Nina dapat resepi nie dari adik ipar Nina punya wife - Chah. Katanya dia dapat resepi nie dari  rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan kat T...

Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Alhamdulillah syukur ke hadrat yang Esa... Bertemu kembali kita disini setelah sekian lama Nina tak update sebarang entry. Maaflah buat yang tertunggu-tunggu story mory terbaru dari Nina. Bertuahnya rasa diri ini di atas keperihatinan ramai yang bertanya khabar. Kemana hilangnya Nina? Aduhh .... tak hilang mana pun, cuma bulan lalu jadual Nina amat padat dengan tugasan terakhir Nina sebagai pelajar. (dah tua-tua pun masih nak belajar) Heheee ..... Dan Alhamdulillah ...... segalanya telah berjalan lancar dan moga-moga nanti Nina akan mendapat keputusan yang baik hendaknya... Aamin :) Kesempatan ini juga, Nina ucapkan ribuan terima kasih buat group Nina = KL6 di atas kerjasama yang diberikan selama kita menyiapkan perbentangan paperwork kita. Luv u all guys~~ Baru-baru nie, Nina buat Kek lapis Cheese Persona. Punya lah lama Nina perap resepi nie. Rata-rata semua blogger masakan dah mencuba resepi Ryo nie. Semuanya memuji akan ken...