Posts

Showing posts from June, 2015

JUADAH BERBUKA PUASA SIMPLE : Bubur ChaCha bersama Keledek Manis

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Buat yang kekeringan idea nak masak apa untuk menu dessert nanti, boleh laaa follow juadah Nina. Semuanya ringkas dan mudah.  Bubur antara menu yang ringkas dan mudah untuk juadah berbuka puasa. Sedap dinikmati usai habis makan menu utama. Bak kata orang melayu menu pencuci mulut dan kata omputeh lak  -  dessert.  Selain buat juadah berbuka puasa, bubur juga amat sesuai buat minum petang. Bubur tak perlu terlalu manis cukup sekadar manis-manis buah gitu.  Kena lak dengan air  tea 'o' panas! marvelous~ Dah lama juga Nina tak bikin bubur ChaCha bersama keledek. Bertahun dah kot.... hehee.. Semalam masa beli barang sikit kat kedai, nampak lak keledek tuu dok posing manja sambil melambai-lambai kat Nina suh beli. **macam lah keledek ada tangan kannnnn** hahaa . . . Memula tuu buat tak tahu ajer.... Malas nak layankan perasaan, kot kot syaitonnir rojimmmmm yang hasut. #Ehh....tetiba teringat -  bulan puas...

JUADAH BERBUKA PUASA : Dessert paling senang > PUDING SUSU KIWI

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera DOA RAMADHAN : HARI KE -10 Bismillahirrahmanirrahiim Allâhumma shalli ’ala Muhammad wa âli Muhammad Allâhummaj’anî fîhi minal mutawakkilîna ‘alayka, waj’alnî fîhi minal fâizîna ladayka, waj’alnî fîhi minal muqarrabîna ilayka, bi-ihsânika yâ Ghâyatath thâlibîn. Ya Allah, jadikan aku di bulan yang mulia ini tergolong pada orang-orang yang bertawakkal pada-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang beruntung, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang mendekatkan diri pada-Mu, dengan kebaikan-Mu wahai Tujuan orang-orang yang berharap. Ama@Syamsuri (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3) Pencuci mulut ataupun dessert yang paling senang nak buat adalah agar-agar dan puding. Bahan yang diperlukan tak banyak dan amat mudah didapati. Cara penyediannya pun cepat lagi ringkas. Hari ni Nina kongsikan Puding Susu Kiwi. Memandangkan kat rumah Nina punya extra kiwi so nak bagi cepat licin Nina buatkan puding kiwi.  ...

RESEPI IFTAR MUDAH : kueh Lepat Pisang. Senang aje buat rupanya....

Image
As'salamualaikum  dan Salam sejahtera, Doa Ramadhan : Hari ke Tujuh "Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-MU Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat." Syukur Alhamdulillah... Hari ni puasa ke-7 kita telah melewati Ramadhan. Moga kengkawan semua dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.... Aamiin.. Dah lama Nina teringin nak cuba buat sendiri kueh lepat Pisang. Selalu Nina beli jer... Anak-anak Nina penggemar tegar Pisang. Kalau beli setandan pun sekejapan licin. Baru-baru ni, makcik Nina ada beri 2biji Pisang Tanduk. Selalunya Nina buat goreng atau pengat je.. So buat pertama kali Nina buat Lepat Pisang. Sebelah puas berdating ngan Mr. Google tapi tak juga serasi dihati. Berdating lama pun tak semestinya serasi ngan citarasa kita. #eehh.. Semua resepi tak de plak guna Pisang Tandu...

menu sahur : ringkas dan cepat - Sotong Goreng Berempah

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera, Puasa hari ni? Tadi sahur makan apa? Mostly untuk sahur ramai ibubapa yang memilih untuk makan nasi berlauk untuk anak-anak supaya mereka dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. Dan lagi supaya lambat rasa lapar nanti. Kalau tak nanti mamanya yang stress dok menjawab soalan ulangan bertubi-tubi "mama, lama lagi ke waktu berbuka" **sekali sehari ok lagi tapi kalau setiap 30minit sekali lepas asar??**  huhuhuu~ (Tetiba rasa nak buat recording voice! Auto play every 30minute) Hahahaa... It's ok, itulah episod kesengalan kesabaran keadaan keibubapaan. Ngeee~ Menu untuk bersahur selalunya adalah yang ringkas  dan cepat penyediaannya. Semestinya penggunaan cili dan sambal amat tipis.  So Nina prefer yang goreng tapi ada rasa yang akan membangkitkan selera.  Nak lagi cepat, sahur semua sekali Nina buh dalam tuu... Sekali masak jer! **bukan alas tapi bijak**  Yolah.. Bijak lah sangat kannnn~ sapa lagi nak puji kita.. Hehe...

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bila memikirkan apa menu untuk Sahur dan Berbuka Puasa kadang tuu memang boleh bikin tetiba stress kan? Nak  fikirkan bahan asas, pastu masak apa,nak prepare nak masak pastu lak ngemas.... huhuuu~ Nina lak memang malas nak merasai nikmat stress. Dah lama berlalu Nina tinggalkan jauh-jauh. Tak mau stress-stress! Nak yang mudah cepat dan senang ajer. So Nina sharekan resepi yang mudah untuk uolls.  Bahan asas nya daging. Hurmm.... Ada yang rasa macam sengal tak nak masak daging?  Yalah, daging lah yang paling makan masa nak masak dan empuk. Tips Nina nak cepat empuk, Nina guna magic Pan HIG yang Nina beli masa cuti-cuti Malaysia yang lalu. Dah bertahun daaa.... Suka magic pan ni. Apa pun masak semuanya cepat dimasak. Jimat masa! Daging Masak Kicap Lemak Manis  Bahan-bahan +-300g Daging - dipotong kecil2 1 labu bawang besar - mayang halus 2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr 2 inch halia - dihiris nipis ...

Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sabtu 20 Jun 2015 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kicap Mahsuri ada menganjurkan Pertandingan Masak dan Menang.  Nina berpeluang bersama-sama di Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama Pemenang Masak dan Menang minggu yang pertama  di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya. Sementara menunggu waktu berbuka, anak-anak diceriakan game  'musical chair' '. Seronok melihat kegembiraan di wajah mereka. Anak Nina  - Eilman pun turut serta joint game tersebut. **selamba dia aje joint** hehee~ Tengok tuu.... sampai final dia. Dapat no.2. Seronok tengok dia happy bersama anak-anak ini. Ceh ceh cehh..... Anak sapa lah tu? Eilman ni memang friendly. Senang bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam apapun majlis. Good boy!  Kemudian mereka (termasuk kami juga) dihiburkan dengan persembahan badut oleh Uncle Charlie yang cukup membuatkan kanak-kanak teruja keceriakan. **Kami yang menonton pun sama serono...

Best ke Jurassic World?? hurmm... dup dap dup dapppp...!! penuh debaran

Image
Best ke Jurassic World? Masa hari pertama siaran Jurassic World ditayangkan Nina berpeluang menonton bersama team P1 di GSC One Utama.  Teruja sungguh anak Nina - Eilman nak tonton Jurassic World. Maklum lah time tu juga tengah school holiday. Waktu siaran jam 9pm dan habis lewat pun tak apa sebab esoknya tak sekolah.. Ini lah Eilman Mirza... Anak Nina no.2 (8tahun) Tadaa..... tiket bersama snek combo lagi.. yeahh! Kami sampai GCS One Utama dalam jam 7pm dan kemudian terus ke kaunter P1. Dilayan mesra oleh team P1 yang sangat friendly. Kemudian ada light dinner di Glitter. Nyum nyummm.... Selesai makan, perut pun dah kenyang ...... apalagi - masa untuk Jurassic World Hurmm... Best ke? Ok... pada pandangan Nina, not bad. Nak kata boring tuu memang tak boring langsung. Nina enjoy dengan plotnya yang simple. Keseluruhan best! Tambahan lagi hero yang handsome kannn..... heheee.. Filem yang mendebarkan.... Dup dap dup dapppp Nina dibuanya. Eilman lak Nina teng...

Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera Apa khabar kengkawan semua? Puasa hari nie? Haishh.... Berani nak ngaku tak puasa! Hahahaa... Nina doakan moga semua sihat walafiat dan dapat menunaikan ibadah puasa sebaiknya Aamiin... Ok, short cut.... Nina busy ni. **konon sangat** Ramai dok pm suh ulang tayang dessert paling best buat juadah berbuka puasa aka iftar. Dessert nie ramai dah cuba. Dan ramai yang akan ulang buat lagi. Nampaknya 'Heavenly Milo Oreo Jelly' menepati citarasa semua. Ini menu dessert wajib cuba... Memandangkan kekangan masa nina yg suntuk, maka Nina just siarkan siaran ulangan ... Dulu entry INI lama daa... Nanti ada masa Nina snap pic cecantik lagi ehh.... **yang penting ini gambar Nina yang punya bukan Ahmad Albab yang punya. Hahaa..** Sebenarnya geram pada yg cilok pic nie pastu ngaku dia yg punya. Huhuhuu~ Heavenly Milo & Oreo Jelly Saiz: 8" bulat Bahan-bahan 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) 750ml Air 160g Gula 1 tin (400g) Sus...

Workshop MYRYL : Warna dan Kerjaya... Pentingkah kita ketahui warna personaiti kita?

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Warna.  Apa warna kegemaran uolls? Putih, Pink, Hijau ataupun Biru? Adakah warna memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita? Adakah warna mampu mencorakkan kerjaya buat anda? Amboi boi boii…. Banyaknya soalan Nina kannnn~ Hah! Jangan tak tahu warna sangat memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita mahupun mampu mencorakkan kerjaya buat anda. Eh ehh…. Yo yo orrr ajer Nina ni.. Tak kan laaa dengan warna kita mampu ketahui kerjaya yang sesuai buat kita? “Ini bukan cobaan, ini betul-betul” ala-ala dialog Pendekar Mustar dalam filem P.Ramlee - Pendekar Bujang Lapok. Ok, Nina berbesar hati nak kongsikan disini. Sabtu yang lalu, 13 Jun 2015 Nina bersama #KelabBloggerBenAshaari berpeluang mengikuti ‘Workshop MYRYL Warna & Kerjaya’ yang bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya tajaan Team MYRYL. Intoduce sikit maksud MYRYL – ‘Master Yourself Revamp Your Life’ dalam Bahasa Melayu bermaksud = Fahami diri dan ubah diri Dengan a...

Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera Bubur lambuk pre-ramadhan. Amboi.. Tajuk! Pre-ramadhan lah sangat kannnn... **poyo** Tak sabar nak tunggu Ramadhan ;) Ramadhan hampir tiba. Banyak yang request  suh Nina share  menu dan resepi yang mudah dimasak  untuk juadah berbuka nanti. Sebelum ni, Nina dah pernah share Resepi bubur lambuk. Boleh singgah kat sini sini sini Memandangkan kopsep blog Nina adalah Resepi yang ringkas lagi mudah disediakan so jangan verangan akan jumpa resepi yang payah lagi banyak bahan nak masak dalam ni. Nasi , lauk-pauk, agar-agar, dessert mahupun cake semuanya sap-sap suii~ Ok Jom timbang-timbang beras buat bubur lambuk simple ni~ Moga ianya menepati citarasa uols dan memberi manfaat bersama hendaknya. Aamiin... Bubur Lambuk simply simple style Nina  Bahan-bahan Beras - dibersihkan dan ditoskan Air Udang kering - dicuci bersih dan ditoskan Daging yang dicincang halus Halia  - letak lebih lagi uummph..! sedikit rempah ...

Spa Best lagi Murah di Shah Alam...... AIRELLYN BEAUTY STUDIO

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar ibu-ibu, mak-mak, mama-mama dan kengkawan Nina tersayang? Nina harap uolss sihat walafiat bersama tugas harian. Buzy day? Sibuk keje? Biasalah tuu.... keje nie sampai bila-bila tak akan pernah siap. Sentiasa berterusan~ Gigihlah dan sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan. Moga ianya membawa keberkatan dalam rezeki kita dan anak-anak.  Sapa suka pegi spa? Cer senyum sambil angkat tangan sikit~ hah! Tengok tuu... tengok.. tengok!! Semua senyum simpul sambil angkat tangan. Sikit-sikit senyum sudaaa.... Nanti Bos nampak! hehee.... Tak akan pernah ada yang tak suka pegi spa. Sapa tak suka ooii~ Enjoy lagi relax kan bila di belai-belai dimanja-manja. Vavavaa~~ Alangkah indahnya dunia. Seperti ini dunia anna yang empunya. *** tetiba dialog P.Ramlee lak*** Hari ni Nina nak share Spa yang murah lagi best!  Di Airellyn Beauty Studio -  terletak di Seksyen 7, Shah Alam.  Camner nak ke san...

KEMPEN RAMADHAN BERSAMA PALESTIN. "Semulia-mulia sedekah adalah dibulan Ramadhan" - Riwayat At-Tirmidzi

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Rabu – 3 Jun 2015 Syukur Alhamdulillah Nina berkesempatan turut serta dalam Majlis Pelancaran Ramadhan Bersama Palestin yang bertempat di Megaview Banquet Hall di Menara KL Tower. Di majlis ini juga Aman Palestin Berhad telah menandatangani MOU dengan Syarikat Nubex Sdn Bhd.  Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung adalah satu alternatif buat para penyumbang dan orang ramai untuk memberi sumbangan kepada Palestin melalui pembelian wang dinar dan dirham.  Termetarai lah MOU antara Aman Palestin Berhad dan Nubex Sdn Bhd Kempen ini akan berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba.  Pada tahun ini, pihak Aman Palestin Berhad mensasarkan kutipan sebanyak RM30juta yang akan disalurkan untuk beberapa kategori antaranya sahur dan berbuka, imarah Masjid Al-Aqsa serta bantuan untuk keluarga miskin dan keluarga Syuhadah di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, dana tersebut juga akan disalurkan unt...