Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu 20 Jun 2015 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kicap Mahsuri ada menganjurkan Pertandingan Masak dan Menang. 
Nina berpeluang bersama-sama di Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama Pemenang Masak dan Menang minggu yang pertama  di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya.






Sementara menunggu waktu berbuka, anak-anak diceriakan game 'musical chair''. Seronok melihat kegembiraan di wajah mereka. Anak Nina  - Eilman pun turut serta joint game tersebut. **selamba dia aje joint** hehee~
Tengok tuu.... sampai final dia. Dapat no.2. Seronok tengok dia happy bersama anak-anak ini.


Ceh ceh cehh..... Anak sapa lah tu? Eilman ni memang friendly. Senang bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam apapun majlis. Good boy! 

Kemudian mereka (termasuk kami juga) dihiburkan dengan persembahan badut oleh Uncle Charlie yang cukup membuatkan kanak-kanak teruja keceriakan. **Kami yang menonton pun sama seronok** 
Badut Uncle Charlie memang menghiburkan. Good Job!
"Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama mereka amat bermakna kepada kami dan anak-anak di sana. "


Menyelerakan Nasi Ambeng. Nyumm nyumm....

Kami dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri - Nasi Ambeng bersama ayam goreng berempah dan ayam masak kicap oleh Chef Kicap Mahsuri. Sedapp Chef!

Menurut Pengarah Pemasaran Mahsuri, sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka dengan menggunakan bahan asas produk Mahsuri akan bersama-sama kakitangan Mahsuri akan melawat rumah kebajikan sepanjang tempoh pertandingan. 
Antaranya adalah :-
20 Jun - Pusat Jagaan Rumah Kesayangan
27 Jun - Rumah  Kebajikan Baitul Hidayah
4 Julai - Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
11 Julai - Rumah Nur Sakinah


Pemenang pertandingan minggu pertama - En Hidayat Bin Masduki berkata " Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah 'hadiah' paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini". 


Pihak Kicap Mahsuri menyampaikan cenderamata buat Pusat Jagaan Rumah Kesayangan
Penutup acara pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew berkata "sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama bukan Ramadhan ini. 



Buat kengkawan kita semua
Jom kita sertai pertandingan Masak dan Menang ini... Bermula 28Mei hingga 8Julai
Senang ajer >>>>
** Hanya perlu beli produk Mahsuri 
** Masak menggunakannya untuk juadah berbuka puasa anda
** Snap picture masakan anda
** Kemudian kongsikan di facebook MyMahsuri dengan hashtag
#MyMahsuri  ( dan hashtag sos yang anda gunakan)  
#Manis   #Pedas    #Tiram   #Ayam 

Contoh gambar. (ada masakan anda bersama sos Mahsuri)
Maklumat lanjut layari facebook MyMahsuri  >>>>> https://www.facebook.com/MYMahsuri
Selamat mencuba!
Mana lah tau, rezeki anda dapat duit Raya RM500
Nanti kalau menang belanja Nina ehh~~






Comments

  1. Jom kita masuk pertandingan ini kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda,
      Jom Jom... Mana tau rezeki kita Menang kann~

      Delete
  2. Akak kna masuk pertandingan ini...nanti leh wat open house..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarin,
      Doakan akak Menang ehh~
      **macam dah hantar gambar contest**
      Hehe

      Delete
    2. Zarin,
      Doakan akak Menang ehh~
      **macam dah hantar gambar contest**
      Hehe

      Delete
  3. Nak join jugak la.. tapi takot tak sedap lak hahhahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkna,
      Joint aje.... Depa tak rasa, tengok gambar aje. Sedap belakang kira!
      Hahaa

      Delete
    2. Dkna,
      Joint aje.... Depa tak rasa, tengok gambar aje. Sedap belakang kira!
      Hahaa

      Delete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam