Udang Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak Style .....

As'salam dan salam sejahtera...


Jumaat kembali lagi ..... Syukur Alhamdulillah .....
Lately cuaca yang panas membahang sering menyebabkan badan mudah rasa letih lesu dan tak bermaya ditambah pula dengan sakit tekak. Oleh itu, perbanyakkan minum air masak dengan sebanyak yang mungkin....  
Tang sakit kepala tuu.... memang payah lah nak dikata... Perlukan rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan sentiasa berfikiran positif supaya tak akan stress dengan kehidupan seharian. Selain dari itu, boleh cuba rendamkan kaki dalam air suam yang dicampur garam kasar. Insya'Allah..... cuba lah.. Kalau tak Ok juga ..... makan ajer lah ubat yea..


Kala terasa rindukan masakan Penang, terutama sekali Nasi Kandar Nina pasti akan masak resepi nie.....Hhrmmm .... Kalau kat KL nie, restoran yang menjadi pilihan Nina adalah di Jalan Masjid India - Nasi Kandar Ibrahim Syah. Lokasinya berdepan dengan Bangunan SSF. Kat situ memang terangkat lah dia punya Nasi Kandar. Perghhhhh...!!!! Sedappp..... Tak caya pi lah pekena sepinggan ;) Rindunya ~~~~


Hari nie Nina nak share menu yang sebelum nie Nina pernah masak cuma kelainan dari segi bahan utama. Dulu Nina masak sotong, dan kali nie Nina tukar lak ngan udang. Resepi sotong tuu tengok kat SINI yea .....




Udang Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak
Bahan-bahan
500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan 
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia -  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan (FAV anak-anak)

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
Selamat mencuba !!!





Labels: ,