Tuesday, 25 September 2012

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi nie Nina buat muffin untuk breakfast Nina dan anak-anak. Anak Nina yang bongsu - EilYana suka makan muffin  dan dia suka sangat bila muffin dah siap, cilok bawak lari ...!!
Nanti tau-tau ajer dah kurang~ Hehehe .....

Hhhrrmmm ..... kerap juga yang bertanyakan tentang tips nak buat muffin kat Nina. Actually Nina bukannya expert sangat pun buat muffin nie. ... Masih banyak yang perlu Nina pelajari lagi. Tak per laaa, Nina sharekan serba sedikit info yang Nina sedia guna pakai selama Nina buat muffin ehh.. Kita belajar sesama key ....


Secara asasnya, muffin nie menggabungkan bahan kering dan bahan basah dan kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tak perlu hand mixer atau stand mixer bagai. Menggunakan kaedah kaup balik. Guna spatula atau senduk ajer...
Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, samada nak pakai bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis lagi murah ataupun tanpa berbaju ala-ala seksi gitu. Ooppsss! maksudnya, guna direct loyang muffin tanpa sebarang alas. Kat overseas depa suka style gituu...... (senang nak makan kott) hehee  . . . .
Paling sedap makan masa panas-panas baru keluar dari oven. Part atasnya ranggup! Walla~

Antara tips yang Nina nak sharekan disini ;-
  • Nak buat muffin nie kena pastikan oven betul-betul panas baru lah masukkan adunan dalam oven. Panaskan lebih kurang 20 minit gitu..
  • Selain dari itu, perkakas untuk bahan kering kena pastikan betul-betul kering.
  • Bahan kering (bahanB) kena digaul rata keseluruhannya sebelum buat lubang ditengah. 
  • Sementara bahan cecair (BahanA) pula, kena pastikan ianya betul-betul dipukul rata dan sebati kesemuanya baru lah dituang kat tengah lubang bahan kering (BahanB) tadi.
  • Hah! Sebelum tuu..... yang paling penting sekali :::: Telur tuu dibuang tali pusatnya! Supaya nanti muffin kita tak hanyir.
  • Sebaiknya jangan masukkan terlalu banyak muffin yang nak dibakar dalam oven. Ikut kebesarannya oven anda. Jangankan nak cepat dok sumbat semuanya dalam oven. 
  • NO NO NO ehh ..... kesabaran tuu perlu. Kalau tak percaya, try masukkan 9-12 biji muffin sekali gus dalam oven then bakar dan kemudian next round masukkan pula 5-6 ajer biji muffin. Tengokkan hasil ketinggian dan kegebuan nyer nanti.  (bergantung besarnya oven anda - janganlah oven besar dok masuk 5-6 biji ajerr ehhh...) Ini kerana kuantiti muffin yang berada dalam oven bersaling kait dengan kepanasan suhunya.
  • Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup. 
  • Masa pembakaran muffin nie, Nina guna api atas bawah. Oven Nina sememangnya tiada kipas so untuk sesapa yang ovennya ada kipas tuu sila lah tutup kipas tersebut. (setahu Nina, kipas amat sesuai untuk biskut) Maaf lah kalau salah ehh ..... hehee
  • Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tu nanti tak naik membukit. 


Buat masa nie, setakat ini yang mampu Nina sharekan tips2 nyer.... Nanti kalau ada lagi tips Nina kongsikan lagi yea.....
Muffin juga boleh diubahsuaikan bahan sampingan mengikut citarasa masing-masing. Sebelum nie Nina pernah buat Muffin OrangeMuffin CoklatMuffin Vanilla with Corn & AlmondVanilla muffin with Almond dan juga Muffin Pisang Choc Chips. Boleh lah singgah jenguk kat  SINI untuk resepi  muffin yang lain :)


Vanilla Muffins with Kismis
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis - Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.

Cara-caranya

  • Panaskan oven pada suhu 180c-190c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi 
  • Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa) 
  • Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
  • Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Sedia dihidangkan.


Ini gambaran step by step cara membuat muffin.  Moga-moga gambaran ini dapat membantu buat yang tak berapa jelas akan cara penyediaannya.  TQ
(Nina tertinggal gambar adunan bahan cecair (bahan A) disatukan. Terlupa nak snap) lain kali lah yea...
hehee ....




Happy baking~







35 comments:

  1. Waa cantiknyaaa... wajib sodap nih! Hehe...
    My latest Entry :)
    WW: Alhamdulillah! Saya OK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Farah..

      Terima kasih.. sedap atau tak kena lah mencuba resepi nie
      hehehe....
      Insya'Allah tak akan mengecewakan :)

      Delete
  2. As'salam Nina comel... sekarang dah jadi cikgu masak2 pulak ya hehehe. terima kasih berkongsi tip2 yang baik. boleh lah k.ct belajar nanti dengan Nina hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Kak CT cayangg.....

      Aduyai kak, Nina tak layak digelar cikgu masak2. Masih banyak yang Nina kena pelajari lagi.. Nina pun sekadar berkongsi apa yg Nina tahu dan praktikkan ajer..
      Nina nak tuntut ilmu ngan kak CT. Bila akak free? hehee....

      Delete
  3. Tq kak nina krn tunjuk ajarku sifu...hehehe...tunjuk care wat muffin...da la sedap giler muffin akk nie...ni tgh cuti...ley la gadak esok...dpt wat mkn esok...hehehe

    ReplyDelete
  4. Insya Allah nak cuba resepi Nina ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba Azie ....
      Moga menepati citarasa Azie nanti :)

      Delete
  5. kalau kurangkan sukatan gula nya boleh x? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ajerr kalau nak dikurangkan sukatan gulanya..
      cuma resepi nie dah sedia ok manisnya (tak berapa manis)
      hehee

      Delete
  6. cntik..cntik..cntik..nk cuba ye..
    trima ksih ats pkongsian ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Aina ,
      sama-sama & selamat mencuba!
      Moga menepati citarasa Cik Aina sekeluarga :)

      Delete
  7. Assalamualaikum Nina, saya nak tanya apa sebab permukaan muffin yang lembap bila keesokkannya harinya ya, terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Fatimah,
      memang muffin keesokkkan harinya akan lebih moist dan lembab. Ini kerana tindak balas minyak yang digunakan. Kalau kurang gemar boleh dikurang sikit kuantiti minyak tersebut ataupun digantikan minyak kepada butter.

      Delete
  8. nampak mcm mudah tapi klu try ni entah jadi x.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazliana,
      muffin antara resepi paling mudah... kaup balik ajer
      tak perlukan mixer :)
      Cubalah .... In Syaa Allah menjadi
      tak cuba tak tahu kannnnnn
      hehe

      Delete
  9. baru cuba2 nak try buat muffin,.,...hehehe..boleh try mlm nanti tq

    Rahsia Anak Pintar

    http://www.honeyonnee.com/search/label/Kesihatan%20Kanak-Kanak

    ReplyDelete
  10. Thanx wat muffi 25 sept..... My birthday...;-)

    ReplyDelete
  11. salam kalau tak de susu segar tapi gnti dengan susu tepung boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kamalia...

      Secara jujur, Nina belum pernah guna bancuhan guna tepung. Selalunya kalau tak der susu segar Nina gantikan dengan susu UHT. Rasanya tiada masalah kalau nak guna bancuhan susu tepung....
      In Syaa Allah, menjadi~~
      Selamat Mencuba!

      Delete
  12. Macam sedap je, tak sabar nak Cuba.

    ReplyDelete
  13. kak nina,macam mana nak tahu dia dah masak belom? sebab saya buat cm moist lagi la dalam dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'salam Azifa Husna,
      selepas 20minit - try cucuk lidi dalam muffin... kalau lidinya keluar bersih tandanya dah masak
      dan kalau masih ada adunan kat lidi tambahkan masa baking dalam 3/5minit lagi..

      Delete
  14. Brapa lma muffin ni bleh than ye? Smmgu ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct Mariam,
      Ketahanan muffin nie bergantung pada cara penyimpanan
      Nina pernah try simpan dalam bekas kedap udara suhu bilik - 5hari still ok
      Kalau simpan dalam fridge, lagi lama ketahanannya (15minit before makan keluarkan dulu ke suhu bilik)

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. kalau gune susu cair boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu cair boleh juga
      Kalau Nina guna susu cair Nina akan kurangkan sikit sukatan susu cair dan campur sikit ngan air masak sebab susu cair agak lemak manis berbanding susu segar atau susu UHT

      Delete
  17. Pakai gula kastor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina gunakan gula halus. Gula biasa pun boleh.
      kalau gula kastor - kurangkan sikit kuantitinya sebab gula kastor lebih manis

      Delete
  18. Assalam. Terima kasih sebab berkongsi tips ni. Semoga dimurahkan rezeki akak. Amin. :)

    ReplyDelete
  19. Pakai tepung kek boleh tak? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Mariam
      Boleh pakai tepung kek. Pasti lagi sedap.
      Kalau tepung nail sendiri tak perlu tambah baking power yea...

      Delete
  20. salam....klau kita tukar minyak ke butter.....berape sukatan butter? time kasih...in advance

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikumussalam,
    Cair kan butter dan ikut sukatan resepi. Cuma kurangkan sikit kuantitinya.
    Garam tak perlu sebab dalam butter sudah sedia rasa masin.

    ReplyDelete