Anugerah ke-4 EILHAN MIRZA dan tips bersalin dengan mudah

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Betapa lama Nina tak update teratak Nina. Dah bersawang-sawang dibuatnya....
Fuh fuh fuhhhh...... tiup-tiup sikit kasi hilang habuk. Hhrrmmm..... Tiup kuat-kuat pun habuk tak bergerak, kena kasi vacuum nampaknya! Maklumlah dah berbulan-bulan ditinggalkan tanpa khabar dan berita. Heheee . . .

Ada yang bertanya : kemana lah menghilangnya Nina setelah sekian lama tak nampak?
Beberapa bulan yang lalu Nina dalam proses memalaskan diri dari mengupdate sebarang apa-apa kat blog.  

Dah lama tak menaip hinggakan buntu dibuatnya nak tulis taip apa..... Apa yang nak diceritakan, dikongsikan buat teman-teman yang sibuk suh update story mory. 
Eermmm... nak update resepi tak der lak resepi baru nak dikongsikan. Hari-hari pun masak cuma menu yg simple-simple dan basic ajer. Lagi pula, mood nak snap picture masakan dah lama ke laut.... Laut mana entah lerrr....

Ini story terbaru dari Nina buat teman-teman
Syukur Alhamdulillah, pada 3/12/14 yang lalu Nina telah selamat melahirkan anak ke-4.   Alamak! Terbaru ker??? Dah hampir 2bulan lebih punnn.... Ok lah ehh, asal ada story. Hehee . . .
Anugerah ke-4 ini diberi nama EILHAN MIRZA BIN AZLAN yang bermaksud 
ILHAN = bijak
MIRZA = anak yang baik
Sini Nina kongsikan picture baby boy Nina pada hari pertama dilahirkan :)




Eerrmm..... nak citer ker camner bersalin?? Ada yang sibuk dok tanya dan suh citer.... 
Ok laa, Nina story mory sikit pengalaman yang tak seberapa nie.

Alhamdulillah proses kelahiran yang ke-4 sama seperti No.2 & 3 - Normal dan kelahiran kali ini juga dipermudahkan oleh DIA.  Semuanya berjalan dengan cepat, lancar dan mudah :)(No.1 czer sebab baby breech.)

Pada pagi 3/12/13 dalam jam 630am Nina terbangun dari tido dan rasa tak sedap hati. Berdebar-debar. Dup dapp dup dapppp...!! Dok keluar masuk bilik air. Ermmm.... inikah masanya? Entah laaa.... Sebab simptom nak bersalin tak der pun. Tak der sakit belakang, tak der pecah air ketuban, tumpah darah pun tak der... cuma hati ajer tak sedap

Anggaran 745am Nina ajak MyGang ke hospital. Perjalanan  dalam 15-20minit. Maklumlah jalanraya dah mula jammed time tu. Macam malas lak nak ke hospital. Sebab tak der simptom nak bersalin, takut nanti disuruh balik.  Tup-tup dalam perjalanan yang jammed tuu tetiba terasa basah kain. Aduyai... Nina terkencing dalam kain ker nie? Bau sikit..... tak der lak bau apa-apa. Oh hoo.. Air ketuban dah pecah!
Bahaya nie...!!! Hospital tak sampai lagi, takut lak 'ter'bersalin dalam kereta nanti. 


Mengikut pengalaman sebelum2 ini, time air ketuban pecah Nina dah ada atas katil kat dewan bersalin. DAN air ketuban pecah ajer terus dah nak push push pushh.... dan pastu terus  bersalin!!! Cepat-cepat inform MyGang dan si dia pun terus memecut laju tuju ke Hosp Selayang. Nina pula bisik-bisik kat baby supaya sabar dan bertenang. Actually, ayat sedapkan hati sendiri pun iya juga. Hehee . . . . (sambil tuu berselawat banyak-banyak dan doa moga semuanya dipermudahkan)



Sampai ajer kat pintu masuk dewan bersalin, Nina turun dulu dan MyGang terus memarkingkan kereta. (Time tuu gerenti parking penuh - sabar ajer laaaa...) MyGang pesan suh tunggu dia kalau tak larat nak jalan sendiri. Dia nak dokongkan kerr...??? Hehehee . . .
Oh No..!! Memang tak boleh tunggu... Nina terus jalan naik ke tingkat-5 dengan sendirinya.


Tiba kat kaunter pendaftaran, (lebih kurang 8:10am sempat jeling tengok jam, hehee...) dan  biasalah nurse akan tanya sebab datang dewan bersalin, dah berapa minggu kandungan, datang ngan siapa dan bla, bla blaaaa...... Pastu nurse akan suruh kita buang air kecil dulu, tukar baju hospital dan baring atas katil standby yang disediakan sementara tunggu nurse datang periksa.



Dah ready naik atas katil, doktor pun datang check dan tanya, tanya, tanya.... (soalan yang sama). Aduyai ... Memang tak boleh nak jawab daaaa... Terus Nina potong soalan doktor tu dan bilang nak bersalin dah nie. Macam biasa, doktor nak tengok dulu pembukaan pelvik dan......  "cepat, cepat, cepat..... tolak patient nie masuk labour room!" Kata doktor tuu. (Dah nampak kepala baby lah agaknya) Sesampai labour room, dikehendaki tukar katil. Memang dah tak mampu time tu nak bangun tukar katil. Nurse dan doktor yg bantu cuz time tuu memang rasa nak push ajer. 



Ini tips nak memudahkan proses bersalin dan ianya sangat berguna.

Dalam posisi duduk dan lutut dinaikkan, tumit didekatkan ke peha. Tangan pegang pergelangan tumit kuat-kuat. Bertenang ..... Nafas dengan lancar. Tarik nafas lalu hembus katakan :: huf huf tiup - tarik nafas lagi. Ulang beberapa kali. (Ini supaya para doktor dan nurse dapat menyediakan kelengkapan dan mengurangkan kita rasa untuk meneran) Sambil tuu Nina baca dalam hati "Ya Fattah" banyak kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

Tapikan >>>>> kejap ajer Nina buat. Pastu Nina minta tolong doktor untuk tegakkan lagi katil agar Nina dapat duduk dengan lagi tegak dan muka mengadap ke arah perut. Lagi tegak kita duduk, lagi senang baby nak keluar nanti. Done duduk tegak terus ajer Nina push! 


Dan Alhamdulillah... sekitar jam 8:30am Nina selamat melahirkan EILHAN MIRZA. Doktor siap bising kata tak sempat pakai glove puan dah teran.  OOppss...!! Sorry doktor, Nina dah tak boleh tungguuu... Heheheee . .. ..


Doktor akan tanya, "Puan tengok nie, puan dapat baby apa? "
Baby diletakkan atas dada kita sementara proses mengeluarkan uri dan proses seterusnya. Selesai kemudian, nurse akan ambil baby untuk dibersihkan dan diperiksa oleh doktor. 
Dan kemudian..... MyGang pun sampai. >>>> Alahai, MyGang tak sempat juga temankan Nina sepanjang proses kelahiran. Semua kelahiran anak-anak pun dia tak sempat temankan Nina :(
Tak apa laaa.... yang penting semua dah selesai dan selamat. :)


Disini Nina kongsikan lagi beberapa amalan basic yang Nina buat sepanjang Nina preggy dan proses nak bersalin.

 - makan KURMA setiap hari. 
Makan Kurma angka ganjil samada 1/3/7/21. Kalau rasa tak larat nak kunyah kurma tuu, Nina blendkan kurma bersama susu tanpa gula. Senang ajer....
Masukkan kurma dan susu tanpa gula dalam blender . GGrrrrrr..... masukkan dalam gelas add beberapa ketulan ais. Ready to serve! Kurma Milk Shake. Sedappp.....


 - Jangan malas - banyakkan berjalan (nak dekat due lagi banyak berjalan.) Nina gi IKEA. Puas jalan dan cuci mata. Mesti akan ada TERbeli apa-apa dari sana. Sabar ajer laaa.....


 - Selalu letakkan kaki pada paras tinggi. 
Balik IKEA pastikan kaki sentiasa diletakkan pada paras tinggi. Tido alas bantal kat kaki. Mama Nina yang pesan dan Nina memang selalu buat gini... Walaupun tak preggy. Katanya supaya peredaran darah berjalan lancar dan kaki tak bengkak. Memang kaki Nina tak bengkak time preggy :)



 -  Selalu amalkan senaman pelvis. 
Camner tuu...?? Camner nak citer ehh.... Kalau orang dolu-dolu kata kemut. Tau tak? Actually, tak pandai nak explain type laaaa... hehe . . .
Apabila otot pelvis kita kuat (selalu bersenam) ia akan memudahkan otot pelvis menerima tekanan sewaktu mengeluarkan baby nanti.
Selain itu, lakukan juga senaman biasa yang ringan secara tetap.

 -  baca " Ya kaliq, Ya Barri, Ya Musawwir - 21x : lalu hembus dalam air pastu minum. Nina akan amalkan masa dah nak masuk 9bulan hingga hari bersalin.

 - kat dalam labour room baca "Ya Fattah"  -  untuk mengurangkan rasa sakit nak bersalin.


 - RELAX
Masa nak bersalin tuu nanti, cuba sedaya upaya untuk relax. Jangan panic! Memang patut takut pun, apa lagi kalau first experience kan. Banyak hal yang bermain di fikiran. Tapi, daripada kita fikir benda-benda yang menakutkan, jom kita fikir hal-hal yang menggembirakan. Because, at the end of the day, hasilnya akan sama saja :) 

Makin kita takut, makin kuat contraction, sebab otot semakin tegang, jadi kita akan rasa makin sakit. Tapi kalau kita relax, tubuh kita akan release hormon endorphin, iaitu salah satu hormon yang membuatkan kita kurang merasa sakit. Hormon ni effect dia lebih kuat dari morphine ubat tahan sakit tu. Dan kalau kita relax, otot-otot kita pun akan sedikit relax. 
So far Nina tak pernah ambik apa-apa tahan sakit/epidural. 
Apa yang Nina buat >>>> Nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut sambil kata huf huf tiup... Ini akan mengurangkan rasa nak meneran. Ini akan mengurangkan rasa meneran supaya kita tidak meneran pada waktu yang tidak sepatutnya. Kalau salah time teran, takut nanti bengkak dan akan koyak lebih besar dan banyak. This part yg paling ngeri!




 - Meneran waktu ada contraction.

Contraction makin lama makin kuat dan frequent. Contraction yang baik adalah 3-4x dalam 10 minit. Setiap contraction yang baik pula akan berlangsung selama 40-60 saat. So, waktu kita dah boleh meneran (bukaan lengkap), kita kena meneran PADA WAKTU CONTRACTION berlangsung. Kalau contraction stop, kita pun stop jap, rehat jap, atur nafas semula. Bila ada contraction lagi, tarik nafas, mula teran lagi. Teran sekuat-kuatnya macam waktu sembelit (bak kata ibu-ibu bidan). Yang bagus, teran lama-lama.....



 -  Buka mata, jangan tutup. 
Mata pandang ke perut. Dagu kalau boleh kena lekat kat dada supaya effective.Yang ni ibu-ibu selalu lupa. Sebab kalau kita tahan sakit atau meneran kan biasanya tutup mata. Bila buka mata, kita akan lebih focus dengan proses meneran. Kalau tutup mata, takut tertido lak nanti.... hehee . . . 


 - Tutup mulut. 
Jangan mengeluarkan suara. Ini pun selalu susah. Ibu-ibu terbuka mulut, atau terkeluarkan suara.  Kalau keluarkan suara ak.a menjerit, buat habiskan tenaga ajerr....
Silap haribulan, kena marah ngan nurse lak nanti  so dinasihatkan agar tidak mengeluarkan suara supaya semua tenaga tertumpu pada proses meneran tadi.


 - Kaki kena betul-betul kangkang. 
Tangan pegang kaki. Boleh pegang part buku lali, boleh jugak pegang kt paha.Tapi paha mungkin berat sikit kan. Suggestion, pegang kat buku lali supaya bukaan kaki lebih besar.
Senang citer, jangan lah malu-malu.... Kangkang ajer luas-luas dan sebesar yang mampu!


 -  Jangan angkat punggung.
Hehe..ini paling kerap terjadi, angkat punggung. Pastu bidan.nurse akan marah-marah. "Ibu jangan angkat punggung yea...."  Bukan apa, berisoko luka lebih besar kalau terangkat punggung.


 -  Bersedia
Setkan kat minda yang kita telah bersedia untuk melahirkan baby. Yelah, setelah 9bulan pastinya kita tak sabar nak melihat baby yang dalam perut dok kita bawak ke hulu ke hilir. Dengan adanya perasaan teruja nak tengok baby akan menghilangkan rasa takut nak bersalin. Secara tak langsung, ini akan mengurangkan rasa sakit bila minda kita dah disetkan dari awal untuk enjoy menikmati saat yang paling bermakna.

:::: Selain dari tu, sebelum pegi hospital sebaiknya
 >  mandi dulu (wangi-wangi laa... kalau busyuk nanti doktor/nurse pulak pengsan. Hahaha..!!
lagipun kan nak sambut baby, mestilah wangi-wangi),
 >  potong kuku tangan dan kaki (takut nanti kuku panjang akan mencederakan doktor dan nurse dan juga baby - nantikan nak berpantang)
ppsstt >>>> terdengar bilik sebelah kena marah ngan nurse sebab kukunya panjang.
 >  cukur lah bulu apa yang patut (takkan nak inform kot... faham-faham sendiri lah ehh..)
 >  sediakan kelengkapan diri dan baby dalam bag. Masukkan siap-siap dalam kereta. Termasuklah buku check up.
 >  pastikan tank minyak kereta sentiasa ada - jangan nanti time tuu lah nak kena singgah isi PETROL !!! Oh Tidak.....
 >  Make sure Hubby tahu jalan nak ke Hospital. Sediakan map/GPS, manalah tahu kot-kot Hubby panic sampai buntu tak tahu jalan pegi Hospital. Hahaa....!!!
Bukan apa, maybe kita kat tempat/kawasan lain ( pegi kenduri ker, jalan-jalan ker, atau ada urusan lain) So kita perlu tahu lokasi hospital yang terdekat. Bersalin nie kan tak tahu bila akan terjadi...
 >  Kalau sempat, makan dulu... Ini penting! Kita perlukan tenaga yang banyak untuk PUSH nanti. Makan lah makanan yang berkhasiat contoh paling bagus = Kurma


- BERDOA
Ini yang paling utama, sentiasa berdoa pada Yang Esa agar semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan selamat. Semua yang berlaku dengan izin DIA.



Ermm... panjang berjela entry kali nie. Setelah beberapa purnama Nina tak update. Macam boleh buat buku nie!  Nanti kalau ada lagi yg Nina teringat, Nina sharekan lagi ehh..
Alhamdulillah, sepanjang proses preggy dan bersalin Nina (dari anak 1-4) semuanya dipermudahkan oleh DIA. Syukur...


Kita hanya mampu sedaya upaya yang mampu dan hanya ALLAH yang menentukan segalanya. Berusaha sedaya upaya yang boleh lebih baik dari tidak mencuba langsung.

Dah kelahiran ke-4 nie, baru Nina tergerak hati nak kongsikan tips Nina. 
Moga ianya memberi manfaat buat teman-teman  dan bakal ibu/bapa yang lain. 
In Sya ALLAH...

Ini picture Eilhan setelah habis pantang. (dah 2bulan ++)
Ada gaya macam Master Chef tak? hehee . . . 







Comments

  1. Tahniah Nina,
    another addition to the family ya..hero yang comel!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu,
      terima kasih ... hero nie so far ikut muka abg dia Eilman :)
      But still follow rekabentuk abah dia

      Delete
  2. Patut la nina snyap jer...anyway congrate ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mirza Luv,
      terima kasih banyak .....
      rindu juga berblogging nie bila dah lama senyap sepi, sampaikan masa nak memula aktif semula tak tahu jadi buntu nak type apa..
      huhuuu . . .

      Delete
  3. tahniah nina..thanks sebab bgi tips..best juga mngurangkn stress...sya tggu hari jer..klu bleh nak cepat jer bersalin ni...x sabar gitu..anyway thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurzalina yasir,
      sama-sama.... Dah nak bersalin ehh..??
      Nina doakan moga semunya dipermudahkan segala urusan oleh DIA dan semuanya selamat nanti
      Aamiin...

      Delete
  4. Tq for the tips.sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainul Mustafa,
      sama-sama... Moga ianya memberi manfaat bersama

      Delete
  5. Cuaknyer... cuaknyer.... dh nk masuk 34minggu ni... baca n3 akk ni byk kali dh.. harap2 blh amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Tun,
      nervous ehh....?? Standard lah tu.... Semua mummy akan merasakannya.
      Bagus rasa nervous tuu, atleast kita bersedia dan dalam mode standby sentiasa.
      Kak Nina doakan moga semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan selamat. In Sya Allah dengan ilmu yang ada sekurangnya kita akan lebih bersedia.
      Makan kurma setiap hari ehh....
      Take care

      Delete
  6. info yg sgt berguna. jrg jmpe kt blog lain. thnx for ur tips n info. skrg lia tgh preggy 37w. hopefully dpt bsalin senng mcm sis. tips mse push tu yg pling berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia Sakura,
      Terima kasih sudi singgah blog Kak Nina...
      Kak Nina doakan nanti Lia senang bersalin dan semuanya Selamat. Dah bersalin nanti inform Kak Nina yea... Boleh share ceritera Lia pula
      Take care

      Delete
  7. ter singgah sini baca pengalaman bersalin normal yang... Allahu..mudah nya urusan.. saya harap saya pon akan dipermudah kan tuk 2nd baby ni..insyaa Allah..terima kasih atas tips yer.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalam Kak Nina Mirza
    Saya berdebar-debar sangat. Macam-macam rasa ada. Takut bila dengar cerita kawan-kawan. Semuanya ngeri. Bila saya baca blog kak Nina Mirza hati saya lega sangat. Banyak sungguh ilmu dan tips yang kak Nina berikan. Bagus kak Nina tak kedekut ilmu. Saya senang baca penceritaan kak Nina.
    Tips yang kak Nina Mirza berikan akan saya hadam dan praktikkan. Moga ilmu yang kak Nina kongsikan akan mudahkan saya juga nanti.
    TQ yer

    ReplyDelete
  9. Bestnye baca pengalaman sis bersalin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazliana,
      Alhamdulillah... Sekadar perkongsian bersama. Moga memberi manfaat buat semua. Insyaallah....
      Terima kasih banyak yea sudi singgah baca~

      Delete
    2. Fazliana,
      Alhamdulillah... Sekadar perkongsian bersama. Moga memberi manfaat buat semua. Insyaallah....
      Terima kasih banyak yea sudi singgah baca~

      Delete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Mee Hoon Goreng Hailam

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.