Asal Wednesday ajer, Nasi Goreng.... Jangan membazir!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wednesday. Rabu. Wednesday. Rabu. Wednesday. Rabu....
awatnya dengan hari wednesday rabu? Tahu laaa hari nie wednesday~ hehee...
Bukan apa, mostly setiap hari Wednesday atau Rabu Nina akan masak Nasi Goreng. Anak-anak Nina pun sedia maklum. Asal balik sekolah, dah boleh agak....
"Mama, hari nie mama masak apa? Aa hah! Eilman teka ehh.... Wednesday  Nasi Goreng kan...?" Hahaa.....
Rupanya derang dah boleh agak jadual menu Nina. Hehee....

Wednesday merupakan hari padat mereka. Pasal on wednesday anak Nina yang sulung Eillya (darjah5) ada kelas tambahan Ko-Korikulum so Eillya akan balik lewat dalam jam 2pm++. Lepas balik sekolah dia hanya ada dalam 15minit untuk bersiap sebelum ke sekolah agama pula. Kesian tengok anak-anak rushing sepanjang masa... tuntut ilmu sayang, sabar yea..
Nasi Goreng merupakan menu ringkas yang cepat dimakan. Yelah, tak perlu nak pilih-pilih. Semua pun masuk mulut. Dalam kereta pun boleh makan on the way hantar ke sekolah agama. Senang kan...?? kalau MyGang tahu makan dalam kete kes naya nie! Oopsss..!!

Pagi tadi kat MHI ada topik pembaziran rakyat Malaysia terhadap lebihan makanan. Thank you MyGang bukakan TV pagi tadi. Kalau dia tak on kan, memang Nina tak akan tonton TV pun..... malas switch on TV sendiri.  Heheee . . . .

Lebih 40% sampah pepejal di Malaysia adalah dari lebihan makanan. Wah! banyak tuuu..!!
Kesimpulannya, 
 - elakkan pembaziran dengan membeli apa yang perlu sahaja
 - masak cukup-cukup. Contohnya : 5orang so masak 5ketul ayam sahaja! 
 - rancang kuantiti masakan. (call suami, anak-anak, kalau tak balik makan rumah so masak sikit ajer)
 -  kalau ada extra, jangan di buang - bagi lah pada jiran, rumah anak yatim or surau dll
 - kalau pegi buffet tuu... ambil lah ala kadar.  (pihak hotel kata kalau ada lebihan mereka akan beri pada surau atau rumah anak yatim so kita pun sama2 mendapat berkat dengan mengelakkan pembaziran)
 - lebihan makanan yang ada jangan dibuang. Simpan dalam fridge. Tips: cara penyimpanan - jangan menggunakan tangan kerana haba tangan akan menggalakan  bakteria. So gunakan sudu atau penyepit baru simpan dalam tupperware dan fridge.  
 - ada lagi tapi tak done nak tulis type semua... nanti Nina sharekan lagi ehh

Yang penting, elakkan pembaziran...!! not good, not good

Semalam Nina goreng ikan tongkol untuk lunch anak-anak. Ada lebih sepotong. Simpan!
Nina tak buat makan dinner pasal dinner selalunya Nina akan masak lain. Maklumlah, MyGang tak berapa makan nasi so for dinner semalam Nina masak Mee Goreng. 
Tak remeh ker lunch masak lain, dinner masak lain? Tak der laaa..... Bukan selalu, kadang-kadang. Selalu gak kot. hehee . . .  
Tak rasa remeh pun lagipun sambil beri support to MyGang nak elakkan makan nasi. Sayang punya pasal~  "Sayang Abg banyak-banyakk...." Hhrrmm.... macam lah MyGang baca blog Nina nie kann...? hik hik hikkk~~
Dan ada juga lebihan nasi. Nina simpan gak.... Nanti boleh masak nasi goreng. memang sengaja masak lebih. Hehehee . . . .

Anak-anak Nina terutama sekali Eillya sangat suka kalau Nasi Goreng rencah isi ikan goreng. Tak susah pun.... Balance ikan goreng semalam,  dibuang tulang dan carik-carikkan isinya dan masukkan ajer dalam nasi goreng. Pernah cuba tak? Sedapp! try laaa..... 


Nampak tak isi ikan goreng kat dalam Nasi Goreng tuu? Tak nampak ehh.... memang laaa pasal dah dicarik-carik halus...
So jangan ditanya mana isi ikannya pasal kat cucur badak pun tak der badaknya! 
(Ke situ pulak.... tak der kaitan punnn) hehee . . . .


Nasi Goreng Isi Ikan Goreng
Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih - diketuk dan cincang halus
1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 potong ikan goreng - dibuang tulang dan carik-carikkan isinya
3 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk ikan bilis - ganti perasa (tak letak pun ok)
3 biji telur - goreng bersama 1 sudu mayonnaise hingga jadi ketulan-ketulan kecil.
2 fish cake - dipotong dadu
1 cawan mix vege
minyak masak/ mentega
garam secukupnya


Cara penyediannya
1- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng telur bersama 1 sudu mayonnaise hingga menjadi ketulan kecil dan ketepikan.
2-  Cairkan mentega  masukkan fish cake. Goreng seketika.
3-  Masukkan bawang putih, bawang besar, mix vege, isi ikan goreng dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi, telur dan digaul rata.
4-  Perasakan dengan serbuk ikan bilis atau garam secukup rasa. Goreng lagi hingga masak.
5-  Sedia dihidangkan...


Tips :: Nasi lebihan yang disimpan dalam fridge sebaiknya kukus dulu supaya tahan lebih lama dan nasi lebih sedap.

Antara menu Nasi Goreng yang Nina selalu masak boleh refer sini
 - Nasi Goreng Cina
 - Nasi Goreng Yunan Chinese Style
 - Nasi Goreng Simple

Apapun, sebaiknya elakkan pembaziran... Thanks to MyGang yang selalu kasi habiskan balance dinner  buat makan supper... :)






Labels: , , ,