Pages

Tuesday 30 September 2014

Bubur Lambuk... tak payah tunggu Ramadhan

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Aduhyai.... Jadi buntu nak masak apa....
Agaknya ini lah masalah utama permaisuri rumah. Selalu mati akal bila part nak menyediakan juadah family. Time Nina keje dulu tak der plak mengalaminya. 
Eermm... maybe masalah kat office dah cukup membebankan dan jadi keutamaan tuk difikirkan berbanding masalah sendiri dan family
Dan sekarang, semuapun family First! bukan Astro First ehh....hehe..

Hhrrmm.... dah lama tak masak bubur so kali nie Nina masak bubur lambuk. Selalunya bubur lambuk merupakan menu utama di bulan Ramadhan. Kenapa yea?
Bubur nasi lebih mudah hadam berbanding nasi kerana tekturnya yang lembut.  So tak der laaa perut perlu bekerja keras memprosesnya.
Ramai sedia maklum bahawa MyGang tak berapa nak makan nasi. Diet konon-kononnya.... :p
Tapi bubur pun nasi gak kann...?? Haishh..... mana sama, tak sama laaa
Cer tengok kejadiannya.. 
Nasi sebutir-butir, kalau satu senduk nasi boleh mengakibatkan kekenyangan semalam tapi bubur nasi semangkuk pun tak cukup. Bertambah-tambah lagi. 
Oopsss...!! siapalah tuu.....Kita tutup sebelah mata laa eh~ hehee . . . 

Masak bubur antara menu paling senang. Budak sekolah rendah pun boleh masak. TAPI.... paling penting kena sentiasa pantau dan kacau selalu. Kalau dibiarkan ajer sampai kering,   alamatnya hangit part bawah kerak tu. Rasa - Spoil!  
Nak masak bubur nie bukannya ada sukatan sangat. Kalau selalu masak 4pot beras so masaklah kurang 2pot beras. Kuantiti airnya pula biarlah lebih dari biasa.  Nak masak pula sebaiknya api kecil sederhana supaya kejadian bubur tu nanti kembang cantik halus dan sebati. (tak nampak ketul-ketulan macam nasi)

Bubur Nasi juga antara menu fav Nina dan family. (senang nak masak campak ajer semua) Siap!  :p
Selalunya kalau Nina masak bubur nasi wajib ada sampingan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan lobak masin. Cili merah Nina potong-potong halus. Tapi kali nie Nina letak cili hijau pula. Baru-baru nie Nina ada baca satu artikel tentang khasiat cili hijau. Sebab tu Nina gantikan cili merah kepada cili hijau pula. Not bad! Sedap....
(Dulu Nina tak makan cili hijau takut pedas, tapi bila dah try sedap rupanya... tak pedas sgt)



Bubur Lambuk style Nina
Bahan-bahan
Beras - dibersihkan dan ditoskan
Air
Udang kering - dicuci bersih dan ditoskan
Daging yang dicincang halus
Halia  - letak lebih lagi uummph..!
sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) 
Santan
Lada Hitam - ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Sampingan
Daun ketumbar - letak banyak2! Fav Nina nie...
Ikan Bilis - digoreng garing
Kacang Tanah - digoreng garing
Lobak Masin
Cili Potong

Cara penyediannya
1-  Kesemua bahan disatukan dalam periuk kecuali santan, lada hitam dan garam .  Masak hingga menjadi bubur. Kacau selalu.
2-  Setelah masak menjadi bubur mengikut kepekatan yang di inginkan, masukkan santan dan kacau sebati hingga mendidih.
3-  Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
4-  Akhir sekali boleh dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, lobak masin, cili potong dan daun ketumbar banyak-banyak!. Atau letak lah apa-apa mengikut citarasa masing-masing.


Selamat santapan~








No comments:

Post a Comment