Tauhu Kukus Goreng buat Baby Eilhan dan bekalan anak sekolah.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Tidak dinafikan pastinya semua ibu, emak, umi, mama, mummy selalu akan runsing dan buntu bila nak menyediakan makanan buat si manja. Nina pun juga…
Tambahan sekarang nie Baby Eilhan dah 10bulan dan dah ada gigi. Mula-mula gigi bawah 2batang, pastu gigi atas satu dan kemudian gigi atas dah keluar lagi satu. Total 4batang gigi. Tak kan asyik nak bagi makan bubur ajer kan…?
Dah boleh bagi food yang gigit-gigit, kunyah-kunyah. Senaman gigi gitu! Hehe . ..


Disebabkan petrol dah jadi mahal per litter dan banyak makanan pun dah mula menaikkan harganya so kita tukar menu yang murah tapi penuh dengan khasiat. Sahut cabaran kerajaan untuk berjimat atau lebih tepat 'ikat perut'. erkkk.....~?!
OOpss...! Tak mau comment lebih-lebih ;P


Tauhu merupakan antara makanan yang mewah dengan sumber protein. Selain protein, kaya juga dengan sumber kalsium.
Wahh….! Bagus nie untuk baby Eilhan, boleh develop muscle. 
Eh ehh.. Jangan salah sangka lak, bukan nak suh baby Eilhan jadi atlet angkat berat! Hehehe…

Tauhu kukus goreng nie amat sesuai buat breakfast dan bekalan anak-anak kat sekolah. Sangat berkhasiat daripada makan nugget/hotdog yang jual kat sekolah kann…?
Eilman ada bagi kawannya seketul buat rasa, “kenapa nugget awak lain tapi sedap sangat?” :::: itu comment budak darjah satu.
Part comment kawan Eillya yang tahan…. “ Eillya, sedap lah nugget awak, mama awak buat ehh? Esok bawak lebih kita nak beli…!” 
Mmmm….. budak-budak pun pandai makan dan menilai. Homemade food sememangnya lebih sedap dan terjamin. Dan paling penting - No MSG!

kalau tengok setakat gambar memang tak nampak sedap tapi percaya lah.... memang sedap!
Gigit-gigit rasa ayam, pastu rasa tauhu, then rasa carrots. Nyum nyumm....

TAUHU KUKUS GORENG
Bahan-bahan
2 packet tofu telur
2 keping tauhu
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ayam atau terpulang citarasa – dipotong kecil/dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 biji kentang – sagat halus
1 batang carrot – sagat haus
Sedikit daun ketumbar – dicincang halus
Sedikit serbuk lada sulah
Garam seukup rasa

Cara penyediannya
1 Lenyek tofu dan tauhu hingga halus. Nina menggunakan garfu.
2 Kemudian masukkan kesemua bahan. (tepung gandum, isi ayam, bawang besar, kentang, carrot, dan daun ketumbar, lada sulah, telur dan garam secukup rasa)
3 Gaulkan kesemuanya hingga rata.
4 Kukus selama 20-30minit hingga masak.
5 Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu
6 Potong-potong ikut citarasa sendiri. Nina potong petak-petak ajer
7 Salut tepung dan goreng hingga keperangan. (Nina guna tepung serbaguna goreng ayam)
8 Toskan dan sedia dihidang


Sambil makan, Nina makan part garing tuu ajer (kulitnya) dan isinya Nina suapkan kat Baby Eilhan. Hah! Tengok isi dalamnya…..

senaman gigi untuk dia~ hehee . . . .



Lupa lak nak inform, resepi nie Nina google dan refer dari blog Kak Wan aka resipicitarasawan.blogspot.com. 
Kak Wan kukus dalam bekas lompang merah kecik-kecik tuu dan sumbat telur burung puyuh kat atasnya. Pastu goreng begitu saja. Cantik!
Nina tak rajin nak buat secantik Kak Wan. Lebih jujur  - Nina malas sebenarnya..... hehee
Sebab tu Nina masukkan semua dalam tupperware ice cream pastu kukus semua sekali.
Janji  sedap dimakan! ;)

Sedappp.... nanti cuba tau~ 
ppsstt >>>> resepi jimat nie.. hehee

Kalau nak resepi nugget homemade boleh refer SINI ... Nina pernah buat sebelum nie. 




Labels: , , , , ,