Mee Hoon Goreng Hailam lagii ~~~~


As'salam dan Salam Sejahtera buat semua ....


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa. Jumaat kembali lagi ..... 
Selamat Pagi buat kengkawan semua. Apa khabar hari nie? 
Ceria-ceriakan diri anda dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi. Moga-moga di penghulu hari Jumaat ini kita beroleh ketenangan di jiwa disamping membersihkan hati. Selalu lah berfikiran positif agar kita  tidak mengajar diri berprasangka buruk terhadap orang lain. Biarlah apa orang nak kata tentang kita, yang pasti kita tak akan berkata demikian kepada orang lain mahupun berkata didalam hati. Jika tidak, kita pun sama sahaja seperti orang tersebut....... Sebaiknya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.  
Hrrmmm ...... Kalau rasa hati tuu tak bersih lagi, minum ajer clorox yea.... Pasti hati tu nanti putih bersih lagi berseri. 
Hahaaa . . . . (Gurau ajer)


Bak kata pujangga ....''Andai seorang sahabat membuat kebaikkan, ukirlah diatas batu agar ia tersemat dihati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah di atas pasir agar hilang dibawa arus kemaafan"
Sesama lah kita memaafkan sesama kita ..... 

Apa ajer Nina nie pepagi Jumaat berceloteh panjang kannn ...... Entah laaa.. sekadar bercerita. Tidak bermaksud apa-apa punn ..  Hari nie menu ulangan. Dah selalu ulang-ulang menu nie. Nak buat camner, kegemaran anak-anak .... Lagipun terkena jangkitan Cik DjDayang kita semalam dia post mee hoon goreng dia. Terliur la plak ..... Hehehe ....
Nina copy paste ajer resepi yang terdahulu. Click SINI kalau nak tengok yang sebelum nie. Cuma kali nie rencah tak cukup, Nina masukkan fish cake & chicken ball + sayuran ajer. Terliur semalam punya pasal ~~~ Hehehe ....


Mee Hoon Goreng Hailam
Bahan-bahan
1 packet mee hoon (Nina suka pakai cap Bintang) Nina rendam malam sbb nak goreng esok pagi-pagi lalu ditoskan
1 biji bawang merah besar - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam - dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi - dipotong anggaran 4 cm
Carrot - Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee ...

Bahan hiasan;
Daun kuchai - dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng

Cara-cara



Selamat mencuba !!

Labels: