Fish and Chips with Coleslaw

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Western Food lagi ~~~~ Sebelum nie Nina pernah tayang resepi Ikan Dory Grilled. Boleh tengok kat SINI. Kali nie Nina nak share resepi Fish & Chips with Coleslaw. Resepi yang mudah dan cepat penyediannya. Cuma bab coleslaw tuu ajer, sebaiknya disediakan dulu. Kalau nak buat awal sehari dua pun boleh. lagi bagus kerna lagi lama coleslaw tuu dok dalam peti ais, coleslaw tuu akan sebati rasanya antara satu sama lain dan rasanya akan lebih sedap! Percaya lah ~~~

Ikannya pula seperti biasa, Nina beli kepingan ikan Dory yang ada jual dibahagian frozen kat mana-mana hypermarket pun ada. Selalunya dalam satu pack ada 3-4 keping. Cukup lah untuk keluarga yang kecil macam Nina nie....

Selalunya kat restaurant, mereka sediakan Fish & Chips bersama Black Pepper Sauce. Memang sedappp kombinasinya cuma kali nie Nina makan as simple as can ; hanya bersama cili sos dan mayonnaise ajerr... Untuk yang berminat nak buat Mushroom Black Pepper Sauce boleh lah click SINI. Terpulang lah pada citarasa setiap individu.

Ok.... jom tengok resepinya


Fish & Chips
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory - Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Sampingan
Kentang Goreng - Nina guna ready made ajer then goreng garing dan toskan.
Brokoli - direbus seketika
Tomato - belah 4
Coleslaw

Cara-cara
1- Ikan Dory dinyahbekukan.
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, coleslaw, brokoli dan tomato.

Coleslaw
Bahan-bahan
1/2 Kobis
1 batang Carrot size kecil
1-2 cawan Mayonnaise
3 sudu besar Gula Halus
1/2 sudu teh Garam (rata)
1/2 sudu besar Cuka

Cara-caranya
1- Kobis dan carrot dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris halus dan dicincang kecil-kecil.
2- Masukkan kobis dan carrot dalam mangkuk besar.
3- Masukkan mayonnaise, gula halus, garam dan cuka ke dalam mangkuk lain dan kacau rata kesemuanya sampai betul-betul sebati.
4- Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk besar yang berisi kobis dan carrot tadi. Gaul rata sehingga betul-betul rata.
5- Setelah itu, simpan coleslaw dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Sebaiknya selepas 6jam baru lah coloslaw sedappp dimakan. Sebab lebih sebati antara satu sama lain dan rasa lebih berkrim dan smooth. Tapi .... kalau dah tak sabar - belasah ajer laaaa....
Hehehe . . .

Pppssttt >>>> mengikut pengalaman Nina, coleslaw nie boleh tahan lebih 4-5 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba!










Labels: , ,