Simple Strawberry Cake

As'salamulaikum dan Salam Sejahtera ...

Tadaaaa ....!!
Ini lah sebenarnya jawapan kepada teka teki weekend lalu.
LUV u all my fren yang sudi meneka pelbagai jawapan. Ada yang teka Carrot Cake, RVC, dan juga Pavlova. Hehehe . . ..
Actually, jawapan yang pertama tuuu dah tersangat lah tepat ;)
Terjadinya Simple Strawberry Cake , gini cerita nya >>>>>>>

Baru-baru nie mak Anjang Nina baru balik dari Cameron Highland. Ada beri Nina sekotak strawberry buat buah tangan dari sana. Nina dok fikir apa nak buat ngan strawberry nie .... Maklum lah, Nina nie kurennggg makan makanan yang masam. Walaupun masa Nina pregnant, asam, jeruk, kedondong atau apa sajer yang rasa masam-masam memang Nina tak berapa layan malah tak sentuh punnn .....
(ini rahsia tau~~~ Hubby Nina yang dok kunyah asam jeruk bagai... hik hik hikkkk)

Akhirnya, Nina teringat kek orange blended yang dah beberapa kali Nina buat sebelum nie. Click SINI ajerrr kalau nak tengok resepi Orange Cake Blended. Senang sangat !!

so, Nina ingat nak cuba lah method resepi tuuu dan gantikan dengan strawberry pula. 
Manakala untuk toppingnya Nina lebih gemarkan cream cheese berbanding butter cream. 
So Nina cedok resepi dari Heavenly Carrot Cake. Click SINI untuk resepi yang pasti membuat anda terasa bak heaven tatkala menikmatinya. Dalam erti kata lain, resepi kek carrot nie sangat lah sedapppp !! Tak akan rugi mencubanya....
Setelah difikirkan kombinasinya, dengan harapan kek nie nanti memjadi dengan jayanya. 
Dan .....
Akhirnya ....... Alhamdulillah menjadi !!!!



Simple Strawberry Cake
Resepi : Nina Mirza
Adaptasi dari : Orange Cake Blended 

Bahan-bahan:
Bahan A:
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan B:
+- 100gm buah strawberry dipotong kecil
1/2 st perisa strawberry
1/2 st pewarna pink
2 cawan tepung gandum*
2 st baking powder*
(*diayak bersama)

Cara-cara:
1- Panaskan oven 170'C. Alaskan loyang berukuran 7" dengan dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2- Kisar halus semua bahan A. Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3- Masukkan ke dalam bowl perisa strawberry dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4- Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
5- Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl. Kacau rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7- Periksa kek samada dah cukup masak atau belum dengan mencucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8- Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9- Sedia dihidangkan



Topping Cream Cheese
Bahan-bahan
1/2 ketul buttercup
1/2 ketul cream cheese
beberapa titik esen vanilla
3 sudu besar gula icing - diayak

Cara penyediannya
Kesemua bahan disatukan dan diputar sampai sebati, kembang dan halus.
Kemudian boleh lah dipipingkan dan dideco mengikut kreativiti masing-masing.
Kalau macam Nina nie yang tak berapa expert, main taram ajerrr deco nya. Belasah jerrr laaa....
Janji makan sedapp!! hehehe . . . .

Betapa jelas kita nampak, dunia masakan ini sangat unik. Dengan melihat luaran sahaja tanpa merasa sesebuah cake ataupun hidangan, kita boleh meneka pelbagai jenis nama ;)
Betul kannn .....? hehehe . . .





















Labels: