Dessert, Durian, Crepe dan Dot Dot Dot.... Ahaks! Bak nama filem laaa plak~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Apa khabar? Buat apa tuu ....? Sihat ker? Nina harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Maklum lah sejak dua menjak nie, dengan cuaca yang tak menentu - statistik sakit  demam, batuk dan selsema meningkat diserata klinik dan hospital.. Ditambah lagi dengan purata pengidap kencing manis dan darah tinggi turut meningkat. Ini adalah penyakit yang standard dialami oleh penggemar buah-buahan bermusim di Malaysia nie. Antaranya buah yang tengah meletop sekarang ni adalah buah manggis, rambutan dan semestinya paling Hot = 'Durian'..

Hah! Demam Durian Crepe masih berleluasa dimerata-rata tempat dan virus ini semakin berleluasa. Sememang nya virus ini tak der penawarnya. Malah doktor-doktor yang bertauliah di hospital pun turut tersampuk dengan demam Durian Crepe nie...
Bukan apa, pabila dah pekena seketul, gerenti nak lagi seketul pastu 3ketul dan lagi dan lagi dan lagi.....  Bak kata kawan Nina, durian crepe nie bikin ketagihan yang melampau! D_d_h pun kalah katanya.. Hehhe . . .
Oleh itu, jika terasa macam diri tuu macam terkena sampukan demam durian crepe nie, Nina ada penawarnya dan s
ukatan obatnya
>>>>> kena menjamah seketul atau 5ketul durian crepe (bergantung kepada tahap meroyan) setiap hari  selepas makan.

Maaf lah Tuan Doktor, minggu depan datang jumpa Nina lagi ehh, ambik obat (Durian Crepe) lagi tau~
Ahaks! Hehehe .. . .

(ini bukan rekaan semata-mata, ini adalah kisah benar dan nama sebenar tidak disertakan -  off record gitu) Hahahaa...  

Kali nie Nina nak share resepi dari teman fb Nina yang bernama Eyna Haneyna. Nina suka sangat akan resepi beliau yang mudah, lcepat masak, lembut, licin, tak lekat, tak mudah koyak, senang dilipat, kenyal (boleh ditarik masa melipat) dan juga sedappp! 
Amboi Nina ..... puji melambung-lambung kat resepi nie. Sungguh~~
Tak tipu ..... inilah komen positif kawan-kawan yang dah order ngan Nina... Anak-anak  Nina pulak suka sangat cilok crepe nie - ala-ala iklan kat TV tuu
::: enak dimakan begitu saja~ hehehe .. . .
Mamanya dok penat bergelek kat dapur menyiapkan crepe, tau-tau ajerr nanti dah surut>>>>> 
sabar ajer laaa . ..

Semalam Nina dok meng'crepe' ala-ala polka dot. Comel kan....
Hah ...! tengok nie, wabak virus demam durian crepe semakin serius, dah bertomok-tompok laaa plak, tahap ke-3 dah nie kottt~~
Hahahaa ...!!


Ok laaaa... Jom semak resepi nyer~
Lupa pula nak inform, kalau nak resepi kulit yang simple dan tak guna banyak bahan tapi sedap boleh refer entry Nina yang terdahulu kat SINI... for me, kedua-dua resepi nie pun sedap!


picture yang dipotong tengah tak done nak snap! Asal potong ajer anak bongsu Nina ngap, asal potong ajer, anak no2 Nina ngap, asal potong lagii.... Anak sulong Nina pula yang ngap! Lama-lama ..... Nina pulak yang dok ngap ngap ngapppp! Cobaan sungguh~
Hehhe . ...

Durian Crepe II dan dot dot dot...
Bahan-bahannya
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian - Nina gantikan dengan esen vanilla


 : : : : mix semua dalam blender kecuali pewarna dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang-lubang)
1-  Adunan dibahagi kepada 2 dan campurkan pewarna yang digemari.  ..
2-  Sediakan kuali leper yang tak melekat
2-  Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
3-  Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali, terus mendadar  dan terus buat dot dot. (Nina guna picagari baby tuk dot dot)
4-  Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
5-  Tak perlu di balikkan 
6-  Terus angkat
7-  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream 
Isi durian secukupnya

1-  Pukul Non dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
2-  Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

3-  Bentangkan 1 keping crepe
4-  Paipkan Whipping Cream di tengahnya
5-  Letakkan isi durian
6-  Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7-  Lipatlah crepe
8-  Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1-2jam (kat bawah ajerr, jangan lak simpan kat beku tau~)
9-  Sedia dimakan..... makan sejuk-sejuk >>>> Walla!



Kat sini Nina nak share juga resepi cream kastard.... Sejujurnya, Nina prefer resepi whipping cream ajerr tapi kalau ada sesiapa yang punya kerajinan tahap tertinggi bolehlah mencuba filling cream kastard. Kalau ikut tekak Nina, kombinasi whipping cream sahaja pun dah cukup sedapp bersama isi durian D24 yang segar! Tepuk dada (pelan-pelan ehhh) tanya lah selera~

Filling Cream Kastard
bahan-bahan

200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat. Biarkan seketika hingga sejuk...

250 gm whipping non dairy ~ putar sehingga kental dan kaku
Caranya : : : : 
Setelah adunan susu, kuning telur dan gula yang telah dimasak double boiler tadi sejuk, satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. Pastu boleh lah memulakan episod 'crepe' meng'crepe...


Selamat meng'crepe!


ppsstttt >>>>>>> kalau malas nak buat dan berminat nak order ngan Nina pun boleh...
email nina.azlan1@yahoo.comtempahan sekitar Kuala Lumpur dan kalau nak collect sendiri pick up point kat
Petronas sebelah Giant Batu Caves

TQ




Labels: , , ,