Panduan Pemakanan Ibu Menyusu

Susu ibu merupakan susu terbaik di dunia.  Sebagai ibu yang menyusukan baby, harus makan dengan seimbang. Walaupun semasa berpantang, kita perlu mendapat khasiat yang secukupnya untuk mendapatkan susu yang berkualiti untuk baby kita.

Disini Nina kongsikan info untuk semua...

parenting blogger

Makanan terbaik untuk Ibu Menyusu

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat. Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

 Protein

2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.

Sumber protein termasuk 

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut 
  • Telur
  • Keju, susu dan yogurt
  • Tauhu
  • Kekacang

 
khasiat telur

Kalsium

Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari. Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.

Sumber terbaik kalsium adalah 

  • Susu, yogurt dan keju
  • Jus oren diperkaya kalsium
  • Tauhu
  • Ikan sardin
  • Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

 

resepi daging masak singgang mudah

Zat Besi

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk 

  • Daging, Ayam
  • Makanan laut 
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur

 

Vitamin C

Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.

Sumber vitamin C yang baik termasuk 

  • Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
  • Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
  • Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
khasiat brokoli ibu menyusu


Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

AIR MINERAL

 Cecair

  • Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
  • Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
  • Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
  • Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

1. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang korang boleh ambil dalam sehari.

2. Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.

Moga baby kita mendapat bekalan susu yang berkualiti dari seorang yang bergelar IBU.
Good Luck !!

Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu