Puding Laici


Sekarang nie cuaca amat lah panas terik. Terasa akan bahang nyer ~~~. Selalu nya dalam bulan Rejab cuaca memang panas & semasa Ramadhan nanti akan turunnya hujan sekali sekala pada sebelah petang. Tapi masa panas gini lah seronok membasuh segala kain baju, langsir, kusyen yang ada sebab pasti jemuran akan kering.

Hrrmmm ...... Terdetik dalam hati, kalau time2 gini makan manisan sejuk2 seperti puding alangkah nikmat nya . Sejukk jerr rasa tekak & badan. Tetiba Nina teringat kat dapur ada stock agar-agar so boleh lah buat puding. Kebetulan ada buah laici dlm tin kat dapur, so Nina buat  puding laici.


Resipi nie Nina ambil dari salah sebuah majalah kekeluargaan yang kat dlm majalah tu ada disertakan resipi. Nina salin semula kat  note book Nina. So, Nina share untuk semua .... senang jer nak buat nya. Simple & mudah lagi cepat ...


Puding Laici
Bahan-bahan
1 peket agar-agar jenis stripe
8 cwn air
10 sudu besar gula kasar
1 tin susu cair
1 tin laici (kalau nk byk, guna 2 tin)
Cara-caranya ;
  • Masak air hingga mendidih. Apabila air dah mendidih, masukkan agar2, kacau hingga betul2 cair dan larut (tiada lg yg berketul) 8 cwn air adalah termasuk air dr laici dlm tin tu
  • Masukkan gula, kacau lg hingga larut (bg yg suka manis, tmbh lg)
  • Dah cukup larut, tutup api. Kemudian masukkan susu cair & kacau2.
  • Dah ok, semua sebati, tuang dlm bekas yg dikehendaki.masukkan laici yg telah dicarik kecil2. Sejukkan dlm peti ais. 
  • Sedia untuk di hidang ~~
My hubby suka makan puding laici nie ... Apa tak nya, kalau tengah2 malam terasa panas,  dia akan buka peti ais dan makan puding laici nie yang tersedia sejukkkk ... Nina pun layankan sama makan puding laici walaupun dah lewat malam. Belasah jer laaa ... janji sejukkkk ...
Selamat mencuba & selamat menyejukkan tekak & badan .... hehee . . .


Comments

  1. salam,kak mcmne ngan wne nyer...guna agar2 yg bwarna 2 ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Wa'salam ...

    Puding Laici nie tak letak sebarang pewarna.
    Warna yg terjadi tuu adalah kombinasi warna susu cair dan
    air Laici dari dalam tin tuu..

    Manakala yang ada warna hijau dan pink tuuu, Kak Nina
    tinggalkan sedikit dan buh sedikit warna. Setelah puding agak
    kering lapisan atasnya baru lah kak Nina tuangkan adunan
    yang ada warna tadi. (nak cepat kering kak Nina letak bawah kipas)
    hehee . . .

    Selamat mencuba~

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu