Puding Mangga

Alhamdulillah .... Cuaca baik hari nie. Panas !! Dengan harapan kain jemuran cepat kering. Nina ada basuh toto hari nie. Lagi pun kejap lagi jika ada kelapangan nak ziarah sepupu yang dengar khabar masuk hospital kelmarin. Moga2 tiada yang serius hendaknya.. amin ....

Cuaca yang panas gini Nina memang suka buat puding. (konon2 untuk sejukkan badan & tekak). Kebetulan dalam peti ais ada beberapa biji mangga yang dah masak. Boleh laaa dibuat puding "mangga". Anak2 Nina memang suka makan mangga. Lagi satu, anak Nina yang sulung - Eillya  memang hantu makan anggur. Puding anggur memang mama tak buat yea .... Mahal !! Dan nanti dapatnya isi nyer sikittt ajerrr.... baik makan gitu ajer yea ...


PUDING MANGGA

bahan-bahan

10g serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 biji mangga yang dipotong dadu



Cara-cara nya ;

  • masukkan serbuk agar-agar, gula, air dalam periuk.
  • masak hingga mendidih
  • tutup api
  • masukkan susu cair & potongan buah mangga
  • kacau rata
  • tuang dalam acuan/ loyang
  • sejukkan 
  • sedia dihidang ~~~

Nina suka buat puding masuk dalam bekas yang berlainan.. Nanti nak makan rasa seronok tengok bentuk yang pelbagai rupa. Anak2 pun sukaaa .....



Yang ini pula, Nina masukkan dalam tupperware biasa. Nampak mangga yang banyak kat dalam.  Eermmm ..... menyelerakan !!!


Selamat mencuba !!!




Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu