Kueh Seri Muka

As'salam buat semua ....
Apa khabar? Sihat sejahtera lah hendaknya disamping family tercinta dan buat yang bekerja, ceria hendaknya disamping tanggungjawab kerja yang tak pernah habis tuuu .....

Pada yang bekerja, manfaatkan masa rehat dengan rehat secukupnya. Kosongkan minda buat sementara supaya mula kerja selepas rehat nanti muka berseri-seri ...... Freshkan minda !!
Jangan dok masam mencuka, tension memanjang ..... Hilang seri muka nanti, mulalah timbul jalur-jalur kedut kerepot dimuka . Kesian kat muka ..... hehehe . . .. 

Jom kita makan kueh Seri Muka agar muka kita berseri-seri sentiasa. Hehehee ....
(ada-ada ajerrr Nina nie hari nie ....)
Sebelum itu, Nina nak berterima kasih bebanyak kat kakCu diatas resipi yang sedap lagi ringkas nie dan juga tunjuk ajar KakCu.  



Kueh Seri Muka
sumber : KakCu aka. Kak Suzana Shahamidon

Bahan-bahan A
Beras Pulut  dalam 500g
Air / santan cair
sedikit garam

Bahan-bahan B -  diblend
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan air pandan ( Nina guna perisa pandan 1sudu teh & pewarna hijau ajer)
2 cawan santan

Cara-cara
  • basuh beras pulut bersih, masukkan air / santan cair bersama sedikit garam
  • (paras air sama dengan paras beras pulut
  • kukus sehingga masak
  • setelah masak, tekan2kan pulut tersebut dalam acuan yang telah disapu minyak sedikit sehingga padat.
  • bahan-bahan B -  diblend rata.
  • kemudian ditapiskan
  • tuangkan diatas pulut yang telah ditekan padat tadi
  • kukus sehingga masak
  • tunggu sejuk baru dipotong. Pastikan potong dengan menggunakan pisau plastik yang telah disapu minyak sedikit. Baru cantik potongannya...
Selamat mencuba !!




Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam