Posts

Showing posts from December, 2011

Ayam Halia Black Pepper

Image
Salam Ceria ... Masak apa untuk Lunch hari nie?? Masih buntu memikirkannya ?? Biasa lah tuuu, kalau hari-hari masak pasti tak lari dari rasa buntu..... Itu pasti, tidak dinafikan !!  Hari nie Nina nak share resepi 2Fast 2Furious Nina ... Resepi yang mudah, ringkas, cepat dan paling penting ~~ ianya berkhasiat dan sedappp !! Ayam Halia Black Pepper bahan-bahan 250gm ayam - dipotong kecil 4sm halia - dihiris halus 4 biji cili kering - dipotong 2cm minyak menumis 1 biji bawang besar di potong semi bulat untuk hiasan bahan perap 1 sudu kecil kicap pekat 1 sudu kicap cair 1/2 sudu kecil minyak bijan 4sm halia (Nina letak lebih) 1 sudu besar serbuk lada hitam (Nina tumbuk-tumbuk sendiri lada hitam) Cara-cara Perap bahan ayam bersama bahan perap selama 20minit Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia dan cili kering hingga garing keemasan Masak kesemua bahan yang diperap tadi sehingga ayam empuk. Kacau rata Masukkan bawa...

Mee Goreng Hainan

Image
Selamat Pagi 2012 !! Mulakan pagi Tahun baru 2012 dengan ceria. Senyum-senyumlah ..... Pembuka lembaran sempena tahun baru, Nina masak Mee Goreng Hainan untuk sarapan pagi hari nie. Tak der cerita untuk dicoratcoret kan untuk pagi nie, keadaan tidak mengizinkan. Ada urusan yang perlu dibereskan. So, jom semak resepi yang Nina ambil dari  Buku Resipi Dapur Ibu dengan Saus Manis ABC.  Alhamdulillah sedapppp !!! Cuba lah ... pasti tak akan mengecewakan ... Mee Goreng Hainan bahan-bahan 8 ulas bawang putih - dicincang 300g daging ayam - dihiris nipis-nipis 300g udang - dibuang kulit 300g sawi -  dipotong anggaran 5sm ( Nina tak der sawi so Nina gantikan dengan baby kailan) 450g Mee Kuning (Nina gantikan dengan spaghetti) minyak untuk menggoreng bahan sos 5 sudu besar Saus Manis ABC 1 sudu besar Sos Tiram (Nina tambah) 1 sudu besar Sos Cili ( Nina tambah) 2 sudu besar Kicap Pekat 2 sudu besar Kicap Cair 2 sudu teh Tepung Jagung 1 sudu kecil Serb...

Bersemadinya Kenangan Terindah di 2011 dan Selamat Datang 2012

Image
As'salam buat semua ... Apa khabar?  Diharap semuanya sihat walafiat dan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Betapa jari jemari ini amat merindui. Beberapa hari lamanya Nina  tak bersiaran. Agak sibuk meguruskan beberapa hal. Buat yang bertanya khabaran Nina, Maaf dipinta yea..... Ribuan Terima Kasih diatas keprihatinan anda semua. LUV u all...   Beberapa minit lagi, kita akan menerima kunjungan Lebaran Baru di Tahun 2012. Maka bersemadinya segala Kenangan Terindah di Tahun 2011. Buat memori yang indah pasti kita akan tersenyum simpul meleret mengingatinya dan memori yang sedih, haru, pilu ..... pasti akan membuat kita sebak didada lalu berlinangan titisan air mata. Sebaiknya biarkan  ia pergi dibawa arus ombak  . . . Usahlah dikenang,  ianya telah menjadi sejarah yang tersendiri buat diri masing-masing. Redha lah  diatas apa yang berlaku. Kenangkan saat-saat dukacita lalu berfikirlah secara positif di atas apa yang terjadi nescaya banyak ...

Udang Goreng Berempah ..... Berempah lah sangat ~~~~~ Hehee . . .

Image
As'salam dan salam ceria .... Wahhh ...... Hari nie cuti lagi !!! (cuti ganti Isnin sebab Krismas hari Ahad) Tentu seronok buat yang bekerja sebab cuti panjang. Kemana cuti panjang nie?? Pasti ada yang balik ke kampung halaman. Tambahan pula sekarang nie musim buah. Seronok sakan lah nampaknya yang ada dusun dikampung :)  Bak mai sini sikitt ~~~~  Maklumlah Nina tak der dusun, apatah lagi kampung halaman :( Hari nie Nina nak share salah satu masakan kegemaran Nina seisi keluarga. Semestinya UDANG. Anak-anak Nina termasuklah Nina dan Hubby amat menggemari Udang. Lagipun udang mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau daging, kena perap dan rebus lama baru empuk dan sedap dimakan. Jom intai-intai menu kegemaran Nina ~~~ Udang Goreng Berempah Bahan-bahan 300g udang sederhana size 1 biji bawang besar - dimayang halus 3 ulas bawang putih - diketuk kuat-kuat.. (Hahaaa) 2 inch halia - dimayang halus 2 biji cili padi - diketuk ala-ala perempuan melayu terakhir (perlaha...

Adab Menguap ... Huarghhh ......tutup mulut tau nanti lalat masukkkk!! Hehee

Image
As'salam .... Apa khabar semua ?? Selamat berhujung minggu ~~~ Buat apa tuuu.... Baru bangun tido ehhh.. Masih menguap lagi ker?? Haishhh...... Tak elok bangun pagi lambat bak kata orang tua- dolu-dolu. Katanya nanti rezeki payah nak datang... Hari nie Nina nak share satu info yang mungkin kita kurang ambil pusing dan antara sedar dan tidak. Harap ianya memberi manfaat bersama. ADAB MENGUAP Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda: Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari] Dari Abu Hurai...

Donut Oh Donut ~~~ Gebuzzzzz

Image
As'salam ....  Buat apa tuu? Mengelamun ehh .... tak baik tau mengelamun banyak nanti keje tak jalan.  Rugi masa terbuang begitu sahaja. Nantikan, sedar-sedar satu apa pun tak buat lagi. Macammana ?? Siapa yang susah... Diri sendiri juga :( Tapikan dolu-dolu Nina punya satu habit yang susah nak buang. Malu pula nak bilang.  Hik hik hik ~~~ Nina nie kuat  sangat 'berangan'. Ngeh ngeh ngeh ~~~~ . . . . Pada mulanya Nina pun tak perasan. Alkisah sahabat baik Nina yang perasankan habit Nina nie. Dia selalu sergah Nina semasa Nina berangan. Sambil tersenyum simpul sendiri-sendiri sambil kerja tak jalan. ( lamunan ku terhenti ... Oh Tidakkkkk..)  Akhirnya, habit tu lelama hilang dengan sendirinya.  Alhamdulillah.... Terima Kasih Sahabat. Yelah kan .... bukannya bagus pun selalu mengelamun, berangan entah apa-apa.. Tapikan, Nina punya berangan sambil bercita-cita.  Chewahhhh ...... sempat lagi nak puji diri sendiri ...  Hehehe . . .  Hari nie Nina ...

Cendawan Goreng Tepung Crispy

Image
Apa khabar .... Hari nie mendung ajer cuaca di luar. Hrrmmm .... mendung tak bererti hujan bak kata lagu Deddy Dores duet ngan Mayang Sari. Best lagu tuu .. Dah lama tak dengar. Jangan pisahkan aku dan dia Tuhan tolonglah ku cinta dia Biarkan kami hidup bersa ma Didalam suka dan duka Chewahhh ..... bernyanyi plak Nina nie kan ... kang hujan turun dek suara sumbang Nina tak ker parah.  . . . "Erni, angkat jemuran.. hujan dah turunnnn" antara petikan dialog Pendekar Bujang Lapok . Hehehe . .. .   Hari nie Nina nak share resepi yang selalu kita nampak kat pasar malam. Kalau beli secawan RM2 dan dah tentu setakat secawan tak cukup untuk kudap-kudapan seisi keluarga. Mau-mau nak kena beli sorang satu cawan.  Untuk family Nina dah tentu berabis RM10-RM16. Sorang satu cawan dan tambahan untuk siaran ulangan kat rumah lagi. Itupun pejam celik sekejap ajer dah habis. Parah ~~~~ Kebetulan semasa Nina pergi Giant tempoh hari, Nina pun ambil lah 2paket cendawan tiram....

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Image
Selamat Pagi .... !!  Hujung minggu menjelma kembali.  Selamat berhujung minggu buat yang bercuti. Pada yang bekerja, kerja lah dengan penuh rasa tanggungjawab lagi ikhlas. Ke mana hujung minggu nie? Hiasi lah masa terindah yang ada bersama insan tersayang. Terutama sekali buat ibubapa.  Selagi kesempatan ini ada, luangkan lah masa untuk mereka. Apakata, masakkan makanan kegemaran buat mereka. Tentu mereka rasa amat bahagia :) Setidaknya, hubungi lah mereka dan tanya lah khabar mereka ..... Panggilan yang mungkin tak seberapa buat kita, cukup bermakna untuk mereka.... Sambal Tumis Telur Burung Puyuh Bahan-bahan 15 biji telur burung puyuh sedikit garam - untuk merebus 1 biji bawang merah 2 batang serai cili blend - Nina campurkan sedikit belacan air asam jawa garam & gula secukup rasa minyak untuk menumis Cara-caranya Telur dibasuh bersih lalu direbus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam air rebusan...

Petai Oh Petai - Sambal Udang Petai

Image
Petai Oh Petai ..... Selalunya petai masak ngan apa ehhh ...?? Pasti sambal udang yang menjadi pilihan dihati. Menu yang biasa buat semua penggemar petai.  Betul kan ??? Untuk pengetahuan, Nina tak makan petai tapi Hubby Nina memang tak tolak kalau ada petai. Agaknya Hubby Nina  suka makan petai tapi tak bilang sama Nina kuttt .... Eermmm ..... may be sebab dia tengok Nina tak makan petai. Agaknyer laaaa ..... hehehe Entah kenapa Nina pun tak tahu apa sebab Nina tak makan petai. Dah cuba beberapa kali tapi tak teringin pun nak makan lagi. Petai .. Oh Tidakkkkk ..... Huhuhuhuuuu . . .  Sekali sekala Nina masak juga makanan kegemaran Hubby walaupun Nina tak makan.  Jom kita tengok resepi "Sambal Udang Petai Nina" yang tak seberapa nie ... Sambal Udang Petai Bahan-bahan 500g Udang laut yang kecil-kecil tuu.... (manis) 2 biji bawang merah- hiris halus cili blend secukupnya 3 papan  petai - dibuang kulit, dibelah dua air asam jawa air garam & gula secu...

Janin yang berusia 15minggu hidup didunia. ...

Image
SUBHANALLAH Menakjubkan. Betapa Besarnya Kuasa Allah. Sesungguhnya Allah Maha Besar . .. Hari nie Nina share satu kisah yang Nina terbaca dari SINI .  So Nina copy paste untuk tatapan bersama.  Apa yang boleh Nina katakan semasa pertama kali membacanya, "TIDAK TERKATA". Betapa Besarnya Kekuasaan Allah. Dan, betapa kuat lagi tabahnya hati ayah dan ibunya menerima dugaan yang amat hebat. Sedangkan di negara kita, kes pembuangan bayi dapat kita baca diakhbar hampir setiap hari. Ya, setiap hari !!!!  Nina amat benci untuk membaca dengan berita sebegini. .... Mari kita baca pula kisah yang sangat memberi kesan impak yang positif buat diri kita. Sesungguhnya ajal maut jodoh semuanya kehendak Allah. Kita juga tak mampu menolak 'takdir' yang semestinya telah ditentukan oleh NYA. Hanover, jerman ā€“ Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, ...

Sotong Goreng Kari

Image
Tik Tok Tik Tok ..... jelas kedengaran detik jam berlalu. Sunyi ~~~~ Mata ku ini masih segar terasa walaupun detik masa sudah menghampiri waktu subuh  membening. Entah mengapa, telah dicuba beberapa kali untuk membuai lena tidur ini namun mata ku ini seolah-olah tak kenal makna lena .....  Mengapakah ini terjadi? Haruskah ianya terjadi diwaktu begini?? Chewahhhh ...... !!! Nina berpuitis pulak malam-malam gini.  Ada gaya penulis novel romantik tak?? hahahaa . . .. . Dah dah .... tok sah dilayan merapu-rapan Nina nie ... nanti melalut-lalut jadinyerr... hehehe Sotong Goreng Kari... menu yang biasa-biasa ajer. Tak der apa yang special pun. Sekadar berkongsi. Mana lah tahu kut-kut ada yang buntu tak tahu nak masak apa dengan sotong. Boleh lah mencuba menu yang tak seberapa nie. Selalunya orang akan Goreng Kunyit ajerr, Nina derhaka sikit. Tak banyak sikitttt ajer, hanya tambah serbuk kari. Sedappp ... !!! Kalau makan bersama nasi panas-panas lagi menyelerakan. Sotong ...

Tepung Pelita - tak perlu tunggu Ramadhan daaa sekarang :)

Image
As'salam .... Hari nie Nina nak share resepi Tepung Pelita. Antara kueh kegemaran Nina terutama sesama bulan Ramadhan. Kalau tak makan kueh nie terasa tak lengkap juadah berbuka. Hari-hari pun Nina tak jemu beli kueh nie ..... menu wajib ada lah katakan. Nina pasti ramai dikalangan kita menggemari kueh tepung pelita kan kan kannn.....??  Ini merupakan pertama kali Nina mencuba untuk membuatnya. Selalu kalau nak makan Nina beli ajerr ... Rupa-rupanya, senang jerr buatnyer  .... hehehe Jom kita semak resepi nyerr yang amat mudah lagi ringkas.  Nina masukkan dalam bekas kecil-kecil ajerr .. mudah nak makan :) Tepung Pelita Bahan A 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air sedikit air kapur  sedikit garam, pewarna hijau dan perisa pandan Bahan B 5 sudu Besar tepung beras 4 cawan santan - 1biji kelapa diperah jadi 4cawan santan. (Nina guna santan kotak ajer - 1kotak kecik+air) 2 sudu teh garam Cara-caranya masak bahan A sebati atas ap...

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

Image
As'salam semua ... Begitu pantas masa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat. Jangan leka membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Betapa ruginya insan yang suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Nina nak share serangkap ayat  yang selalu memberi motivasi buat Nina. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik. Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.... Dalam erti kata lain, kebahagiaan tak akan datang dengan sendirinya. Kenangan terindah juga tidak  akan tercipta  tanpa usaha. Semua yang berlaku kita lah penentunya.  Syukur Alhamdulillah, Nina bersyukur kehadrat Ilahi diatas apa yang Nina ada sekarang. Semuanya adalah 'kenangan terindah' buat insan yang bernama "Nina". Alhamdulillah :) Hari nie Nina 1st time buat Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce. Alhamdulillah... Walla ~~~~menjadi. Sungguh tak sangka... Maklumlah, selalunya nak makan ch...

Spaghetti Carbonara. Carbonara lagi ??? dan lagi dan lagi dan lagiiii~~~~

Image
Salam Pagi Sabtu ... Apa khabar?  Selamat berhujung minggu bersama family tercinta. Manfaatkan hujung minggu bersama family tersayang dengan kenangan yang terindah ~~~ Masa itukan emas. Breakfast apa pagi nie....? Jom intai-intai menu breakfast Nina untuk Sabtu nie ... Siaran ulangan lagi ... nak buat macammana, dah anak-anak dan Hubby paling gemari menu nie. Apalagi kalau bukan "Pasta My Baby Carbonara" :)) Selalunya Nina akan guna pasta Spirals tapi hari nie Nina guna pasta Spaghetti. Rupa-rupanya anak-anak tak berapa minat ngan pasta spaghetti so nak tak nak, Nina pun masak lah juga pasta Spirals kegemaran mereka. Janji mereka Happy ~~~ Untuk resepi, rajin-rajin kan lah jemari tuuu untuk click kat   SINI   yea ....   Maklumlah, resipi ulang tayang, mostly sama semuanya.... Selamat mencuba !!! Happy Weekend ~~~

Tom Yam Seafood HomeMade.... Wallaaaa . .!!!

Image
As'salam Semua .... Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad, moga-moga kita diberi rahmat dan kemuliaan dihari Jumaat ini. Amin ..... Sedekah kan juga buat yang telah tiada.... Alkisah, semalam Nina ke rumah sepupu Nina "Nurhayati Harun". Yati bagi Nina merasa sipi-sipi kuah Tom Yam nya  .... Fuuhhh !!! Meletop ~~~  Nina pun tanya lah resepinya. Cerita punya cerita, rupa-rupanya Yati tak pakai langsung perencah Tom Yam yang ready made. Rasanya memang macam dan serupa ala-ala kat kedai Tom Yam. Sungguh tak sangka ~~~~ sebab Nina dah cuba beberapa jenis perencah Tom Yam segera dan amat mendukacitakan apabila dah siap. Semuanya serba tak kena kat tekak Nina sekeluarga. Ada ajer yang kurang :( Jom kita intai-intai resepi Tom Yam Seafood Yati nie... Nina masak nie main campak-campak ajerr so tak der sukatan yang tepat. rasanya agak-agak laaa, janji masam dan pedasnya seimbang ngan tekak masing-masing. hehehee . . . . Tom Y...