Sotong Goreng Kari

Tik Tok Tik Tok ..... jelas kedengaran detik jam berlalu. Sunyi ~~~~
Mata ku ini masih segar terasa walaupun detik masa sudah menghampiri waktu subuh  membening. Entah mengapa, telah dicuba beberapa kali untuk membuai lena tidur ini namun mata ku ini seolah-olah tak kenal makna lena ..... 
Mengapakah ini terjadi? Haruskah ianya terjadi diwaktu begini??
Chewahhhh ...... !!! Nina berpuitis pulak malam-malam gini.  Ada gaya penulis novel romantik tak?? hahahaa . . .. .
Dah dah .... tok sah dilayan merapu-rapan Nina nie ... nanti melalut-lalut jadinyerr... hehehe

Sotong Goreng Kari... menu yang biasa-biasa ajer. Tak der apa yang special pun. Sekadar berkongsi. Mana lah tahu kut-kut ada yang buntu tak tahu nak masak apa dengan sotong. Boleh lah mencuba menu yang tak seberapa nie. Selalunya orang akan Goreng Kunyit ajerr, Nina derhaka sikit. Tak banyak sikitttt ajer, hanya tambah serbuk kari. Sedappp ... !!!
Kalau makan bersama nasi panas-panas lagi menyelerakan.






Sotong Goreng Kari
Bahan-bahan
300g sotong sederhana besar - Nina potong bulat-bulat
2 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inch halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
beberapa cili padi - ikut citarasa (Nina tak letak punnn, yg nie untuk makan anak2-tak pedas)
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran - Nina letak sayur kacang buncis, bunga kobis, carrot, cendawan tiram
1 biji bawang besar - potong semi bulat - untuk hiasan




Cara-caranya

  • Sotong dibersihkan lalu ditoskan
  • Gaulkan sebati sotong bersama serbuk kari ikan, garam dan sedikit serbuk kunyit. Diperap sekitar 15minit.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga keperang-perangan
  • Masukkan sos tiram, kacau rata
  • Lalu masukkan sotong bersama kesemua sayuran. Kacau rata hingga masak.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau tak letak pun boleh sebab dah ada garam kat sotong semasa perap tadi dan dah ada rasa kat sos tiram tadi juga.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan. (Nina suka makan bawang besar hiasan nie, ranggup rasanya)
  • Sedia dihidangkan dan dimakan :))




Selamat mencuba ~~











Comments

  1. Hey..Nina..salam kenal dari Melly.
    sedap nya sotong goreng kari nih, ijin yah kapan kapan nak coba recipe ini.. ;)

    ReplyDelete
  2. Hai Melly ...
    Salam kenal disambut :)
    Resepi disini memang untuk dikongsi bersama
    Selamat mencuba yea

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam