Bersemadinya Kenangan Terindah di 2011 dan Selamat Datang 2012
As'salam buat semua ...
Apa khabar? Diharap semuanya sihat walafiat dan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Betapa jari jemari ini amat merindui. Beberapa hari lamanya Nina tak bersiaran. Agak sibuk meguruskan beberapa hal. Buat yang bertanya khabaran Nina, Maaf dipinta yea..... Ribuan Terima Kasih diatas keprihatinan anda semua. LUV u all...
Beberapa minit lagi, kita akan menerima kunjungan Lebaran Baru di Tahun 2012. Maka bersemadinya segala Kenangan Terindah di Tahun 2011. Buat memori yang indah pasti kita akan tersenyum simpul meleret mengingatinya dan memori yang sedih, haru, pilu ..... pasti akan membuat kita sebak didada lalu berlinangan titisan air mata. Sebaiknya biarkan ia pergi dibawa arus ombak . . .
Usahlah dikenang, ianya telah menjadi sejarah yang tersendiri buat diri masing-masing. Redha lah diatas apa yang berlaku. Kenangkan saat-saat dukacita lalu berfikirlah secara positif di atas apa yang terjadi nescaya banyak hikmah yang tersurat lagi tersirat akan kita temui.
Pasti kita kan bersyukur diatas apa yang ditentukan oleh NYA. Itu pasti ~~
Kerna DIA Maha Besar, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih buat umatNYA.
Dan itu lah yang telah Nina temui saat Nina berfikiran secara positif diatas apa yang telah Nina lalui.
Syukur Alhamdulillah :)
Moga tahun baru 2012 ini akan memberi kenangan manis lagi terindah buat Nina dan keluarga. Apa yang telah lalu Nina akan jadikan sebagai sumber inspirasi. Yang pasti akan bermulanya detik baru buat Nina bersama tugasan yang baru di tahun 2012 nanti. Moga segala urusan akan dipermudahkan oleh NYA ...
Insya'Allah ... amin
Ikhlas,
Nina

Selamat tahun baru juga untuk Nina dan keluarga..
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak kerana selalu singah di Masam Manis
Semoga tahun ini memberikan seribu kebaikan buat kita semua.. memperolehi rahmat dariNya dan di murahkan rezeki
Semoga Nina terus berkarya.. dan melakukan yang terbaik
Terima kasih atas doanya.. :)
Sayang Nina juga :D
Kak Ita
Masam Manis
Terima Kasih banyak Kak Ita di atas ucapan, dorongan dan doa...
ReplyDeleteTerharu Nina ~~ uhuk uhuk uhukkkk :'(
Moga doa Kak Ita dimakbulkan oleh NYA
Amin ... :)