Telur Mata Masak Masam Manis

Apa khabar hari nie? Harapnya sihat walafiat dan sihat sejahtera hendaknya.
Bagaimana mood hari nie ..... ada baik atau kurenggg? Tak mau lah mood kureenggg gitu, tak baik untuk minda, persekitaran dan pergaulan. Apakata, cuba berdiri tegak tarik nafas dalam-dalam lalu hembus perlahan-lahan. Buat beberapa kali. Setkan dalam minda untuk kekal cergas, segar dan berfikiran positif hari ini. Selepas tu, jika belum ada apa-apa perancangan untuk hari ini, buat To-Do-List (senaraikan apa yang hendak dilakukan untuk hari ini) agar perjalanan hari ini terancang, teratur dan moga berjalan dengan lancar. Insya'Allah dengan niat yang baik akan dikabulkan. Amin . . . . 


Ok, hari nie Nina nak kongsikan menu 2fast 2furious  pilihan Nina. Ini antara menu Nina jika keadaan terdesak lagi mendesak.  Nak cepat, ringkas lah tuuu.... hehehe
Ini juga antara menu kegemaran Hubby Nina. Kadang-kadang tu, bila Nina buntu nak masak apa Nina akan call dan tanya apa menu yang bermain diminda dia. Selalunya menu Telur Mata Masak Masam Manis antara menu yang selalu dibisikkan ditalian. Senangkan, bila bertanya ..... Atleast tak der laaa Nina yang sorang-sorang pening dok fikir apa nak masak untuk makan bersama nanti. Anak-anak pun suka. Nina lagi lah suka sebab menu nie amatlah mudah dan cepat. Bahan asas nya pun telur jerrr ... Tapikan, telur kuningnya haruslah separuh  masak. Baru terangkat !!!



Telur Mata Masak Masam Manis
Bahan-Bahan
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inch halia
2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
1 1/2 cawan mix vege
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Telur ayam digoreng style mata kerbau lalu diasingkan
  •  Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus.
  • Panaskan minyak, tumis kesemua bahan yang dihiris
  • Setelah kekuninggan, masukkan air masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan sos tomato kacau rata, masak hingga mendidih lagi.
  • Masukkan mix vege, biar masak sebentar.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa seimbangkan rasa masam manisnya
  • Susun telur yang telah digoreng tadi atas pinggan
  • Tuangkan sos masam manis ke atas telur 
  • Sedia dihidangkan....

Selamat ber " 2fast 2furious" . hehehe . . . 


Comments

  1. Singgah blog you belajar resepi telur masam manis. Dulu kecik2 suka makan. Thanks for sharing ya 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu