Bosan menu daging? Ayam Goreng Kicap Lemak Manis yang mudah...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di Jumaat yang indah. 
Perbanyakkan zikir dan DOA moga kita sentiasa dalam lindungan yang Esa. Aamiin...

Dah jemu makan daging? Yelah, Raya Haji kan baru berlalu... Menu asyik dok daging aje kannn, sure bosan. Tak payah lah dok menafikannya.... Gigi pun letih asyik terselit tersekat isi daging celah Gigi. Hehee....
Sapa Gigi rongak untung lerrr~ hehee

Hari ni Nina kongsikan menu Ayam yang pasti nya mudah, cepat dan anak-anak sukakannya. 
Jom tengok resepi... Zassss..!!


Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
Bahan-bahan
+-300g ayam - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - mayang halus
2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr
2 inch halia - dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara-caranya
  • Ayam dibersihkan lalu diperap bersama sos tiram dalam 15 minit.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  • Masukkan ayam bersama lebihan sos tiram dan kicap lemak manis. 
  • Kacau rata, goreng  sehingga ayam empuk.
  • Tambahkan sedikit air (jika mahu)
  • Masak sehingga kuah pekat. (jika nak berkuah sedikit)
  • Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
  • Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Comments

  1. sedap dimakan nasi panas2 ni aummmmmmmm suka buat time ada ayam menu tak jemu heheh

    ReplyDelete
  2. dapnyeeee.makan pulak dgan nasi panas.perghh

    ReplyDelete
  3. nampak melekit kak..tu yg nampak menyelerakan tuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

PAKEJ HAJI SWASTA BERSAMA MKM TRAVEL

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu