UMUR 40 RABUN DEKAT
Ramai orang kata bila umur menginjak ke usia 40 tahun, bermula lah fasa rabun dekat. Sangat sinonim umur 40 rabun dekat. Tak dinafikan ada sesetengah orang berada dalam 'denial stage'. Lagi-lagi, pada awal presbyopia, mereka mereka ini akan ber alasan dengan ayat
"Eh! Takde laa, aku tak rabun dekat, tak perlu pun pakai cermin mata orang tua tu!
Mmmm... takpe, boleh lagi ni, aku cuma perlu jauhkan bahan bacaan je dah boleh baca. ". HAhaa.. Ya boleh!
UMUR 40 TAHUN RABUN DEKAT
Rabun Dekat
Tapi tapi
Ketahui lah bahawa 'power' Rabun dekat ini semakin lama semakin bertambah saban
tahun.
Contohnya, umur 40 tahun, 'power' korang +1.00. Apabila umur korang masuk 45
tahun, 'power' korang bertambah kepada +1.50. Hal ini kerana mata kita semakin
lemah untuk fokus dekat.
Salah satu ayat orang fasa in denial gini
"Saya takde rabun dekat. Saya ada rabun jauh je.
KALAU NAK BACA DEKAT, SAYA BUKAK JE CERMIN MATA"
Itu maksudnya korang ADA RABUN DEKAT.
Please laaa terima hakikat. Jika takde rabun dekat dah kenapa kena bukak cermin
mata baru dapat baca dengan jelas? Haaa why why tell mw why? Kenapa?
Okay, contohnya
Encik Ahmad berumur 40 tahun, beliau ada rabun jauh -1.00.
Untuk membaca dia perlukan +1.00D untuk baca jelas.
Jadi power untuk baca = rabun jauh (-1.00) + rabun dekat (+1.00)
= 0 (KOSONG)
Sebab itu lah bila Pak Mail bukak sahaja cermin mata untuk
baca sebab power baca KOSONG
Hurmm… Macam complicated pulak nak faham. Its ok tak payah faham
Paling senang terus pi kedai cermin mata pandai laaa dia periksa power mata
korang.
Apa tu Prebypia?
Bermula umur 40 tahun dan ke atas, kita semua akan ada rabun
dekat.
Ada yang sebelum umur 40 tahun, ada yang selepas lewat 40an.
Tanda-tanda presbyopia
- susah
nak membaca tulisan yang bersaiz kecil
- kena
jauhkan bahan bacaan baru nampak jelas
- untuk
orang rabun jauh, bukak cermin mata baru jelas baca dekat
Kenapa?
Sebab otot mata dan kanta dalam mata kita dah lemah untuk focus.
Jangan risau. ini adalah sebahagian daripada faktor usia, semua orang akan mengalami
masalah yang sama. https:// youtu.be/i4kswa2kpIU
Rawatan presbyopia
Ada cara nak ubat tak?
Tak, ini bukan penyakit, jangan risau ada penyelesaiannya.
Kena pakai cermin mata ke?
Ya. Ada beberapa pilihan untuk anda membaca dengan jelas kembali.
Rabun Dekat
Memakai cermin mata kanta multifokal
Kanta multifocal sering menjadi pilihan kerana kantanya
tidak seperti bifocal (ada garisan) di kanta. Kanta ini ada 'power' jauh,
pertengahan dan dekat. Ada tiga 'power' di atas satu kanta. Apa yang paling
penting, anda dapat menyembunyikan umur! Eh Eh… macam best lak kann?
Ye laaa, orang lain tak tahu yang korang sudah 'berusia' kerana korang memakai
cermin mata sama je macam orang lain. Betul kann?
Komplikasi Kesan Rabun Dekat Tidak Dirawat
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh didapati sekiranya
mempunya rabun dekat. Rabun dekat boleh mengakibatkan komplikasi seperti mata
malas atau ‘amblyopia’. Keadaan ini terjadi apabila satu mata menjadi dominan
lebih daripada yang lagi satu.
Selain itu, seseorang itu juga boleh mendapat komplikasi
seperti mata juling atau dikenali sebagai ‘strabismus’. Hal ini berlaku kerana
kedua-dua mata fokus kepada objek yang berbeza dan menyebabkan otot mata
tertarik mengakibatkan juling.
Sumber : https:// www.doctoroncall.com.my/soalan/rabun-dekat
Comments
Post a Comment