LAMA TAK UPDATE BLOG BUKAN MERAJUK TAPI ...

Lama tak update blog, bukan merajuk dengan blogger tapi ... 

Assalamualaikum korang, 
Eh, masih ada orang singgah blog NinaMirza ni ke? Hahaha!

NinaMirza kembali menulis blog selepas lama menyepi

Lama betul tuan blog menghilangkan diri. Blog pun dah berhabuk, cicak mungkin dah anggap ruang sidebar tu rumah sewa dia. Kena minta duit sewa nih! HAhaa.. Bersawang-sawang tebal sangat sampai Spiderman pun surennder gamaknya! Sadis sungguh blogspot Nina Mirza ni..

Bukan tak ada cerita, cuma masa tak mengizinkan

Bukan tak ada cerita nak kongsi. Cerita memang berlambak. Kalau nak tulis semua, rasanya boleh buat drama bersiri paling lama di Malaysia. GERAK KHAS! Sejak dari tahun 1999. Lama giler weyhhh... 
Tapi kalau menulis, boleh jadi setebal kamus DBP edisi ke 4 ada 1876 muka surat! Larat ke korang nak baca? Hehee

Cuma itulah... kadang-kadang hidup ni terlalu sibuk dengan urusan dunia sebenar yang penuh tipu daya sampai urusan dunia maya pun terbiar. Apo nak di kata kannn? Semua pun duniawi. 

Anak-anak makin besar. Hal rumah tangga tak pernah habis. Kerja-kerja harian pula datang silih berganti. Belum sempat nak duduk depan laptop, ada je benda lain yang memanggil. Kadang yang memanggil tu bukan orang tapi notification. Acah acah busy sangatnya kamu Nina! HAhaa

Akhirnya blog yang dulu rajin dikemas kini, sekarang jadi macam rumah kampung yang lama ditinggalkan. Sekali datang jenguk ni dah rupa hutan gamaknya! Hahaha! Kalau rumah, dah digelar rumah busuk, kena buat renovation besar besaran. Kos mau cecah ratus ribu kot kann. 

Rindu zaman blog tengah meriah dulu duluuuu

Nina Mirza Malaysia Blogger , review, resepi, parenting, beauty tips, lifestyle content creator

Sejujurnya Nina rindu juga zaman rajin berblog dulu. Ada sati ketika tu, setiap hari ada article yang nak di publish. Ya ampun... Entah mana datang kerajinan tu dulu. Entah apa yang dibebelkan entah laaa..

Rindu menulis cerita harian, berkongsi resipi, bercerita tentang anak-anak dan membaca komen pembaca yang kadang-kadang lebih kelakar daripada entri asal. 

Jadi hari ini Nina cuba datang semula.
Tak berani nak janji akan update setiap hari. Nanti baru tiga hari dah kantoi. Naya je!
Kita mula perlahan-lahan. Mana tahu ada rezeki blog lama ni kembali meriah macam dulu.
Kepada pembaca lama yang masih ingat Nina, terima kasih tau sebab masih sudi singgah teratak usang kita ni. 

Jadi kita mula semula!

Kepada pembaca baharu, selamat datang!

Jangan risau, Nina masih orang yang sama, masih comel walau dah ada sikit-sikit wrinkles. Standard laa kan.. Ayat sedapkan hati. Cuma umur kita dah bertambah dah awak. Kita nak masuk 5 series dah. 

Nina Mirza family lifestyle blogger, parenting tips

Anak-anak pun dah membesar. Sedar sedar kakak sedang belajar Degree, Eilman dah nak habis STPM, Yana tengah SPM, Eilhan dan Eicha je sekolah tahun depan. Cepatnya masa berlalu. Lutut pun kadang-kadang berbunyi bila bangun dari duduk bersila. Ok tipu! Teruk nau sampai lutut pun berbunyi. Hahaha! Kita masih sihat. Allah bagi sihat. Alhamdulillah.. 

Doakan Nina rajin menulis semula ehh...
Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya. Tengah fikir nak citer pasal apa next. 
Ermm...  Korang nak Nina citer pasal apa? kat Blogspot ni santai-santai je..

Salam sayang,
NinaMirza

Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

5 Rahsia INTEEMOR yang anda harus tahu

Chocolate Moist Cake versi Bakar