Fish n Chips with Mushroom Black Pepper Sauce~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Imam Hasan Al-Basri r.a. berkata:
“Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain."
Salam Jumaat buat semua ....

Apa khabar teman-teman semua yang tersayang...? Nina doakan semuanya sihat walafiat disamping tugasan yang sedia menanti dan juga bersama keluarga tercinta. 
Setiap insan di dunia ini sememangnya tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan  namun jika kekurangan dan keaiban yang ada pada diri sendiri dipandang dari sudut yang positif, ingin sentiasa belajar dari kesilapan pasti akan memberi sejuta kebaikkan dalam diri. 

Berbalik kepada menu hari nie merupakan menu yang simple, cepat, sederhana lagi berkhasiat antara menu yang selalu menjadi pilihan Nina sekeluarga. Tambahan pula, Mr.Hubby kurang sangat nak makan nasi so menu western lah yang selalu menjadi pilihan dihati....


Hari nie Nina nak share resepi Fish n Chips with Mushroom Black Pepper Sauce. 
Hrrmm.... Pasti ada yang terdetik kat hati tuu berkata-kata
 "Alahai.... setakat Fish n Chips sesapa pun boleh buat. Alaaa... Isi ikan tuuu goreng celup tepung ajerr. Tak susah mana pun...."
Betul betul betul..!!! Tak dinafikan, Fish n Chips nie antara menu yang sangat mudah untuk disediakanya. Nina nak share kat sini untuk yang tak tahu, yang tercari-cari resepi, yang baru-baru memesrakan diri bersama dapur dan juga untuk rujukan Nina kemudian hari. Manalah lah satu hari nanti, CoratCoret Nina amat bermanfaat untuk yang tersayang terutama sekali untuk Mr.Hubby dan juga anak-anak Nina :)
Boleh lah derang godek-godek sini kalau nak cari resepi yang macam mama pernah masak>>>>>

Mostly Fish n Chips dihidangkan bersama French Fries (kentang goreng) - semestinya lah kannn.... Selain dari tu, boleh lah letak mix vege, tomato, coleslow, mashed potato atau apa sajer yang anda makan! Tentu lah kannnn... Hehee ...
Terpulang pada citarasa setiap individu.
Untuk resepi coleslow boleh tengok kat SINI dan resepi mashed potato pula tengok SINI

Untuk sauce nyer pula - Selalunya di restaurant western just hidangkan cili sos bersama mayonnaise. Nina lebih suka cecah ngan Mushroom Black Pepper Sauce. Sauce nie dah beberapa kali Nina buat sebelum nie. 
Selain boleh dinikmati bersama Fish n Chips, sauce nie juga boleh dipelbagaikan dengan macam-macam menu utama yang lain selain Fish n Chips. Boleh lah singgah dan jenguk resepi-resepi kat  bawah nie...



Fish & Chips
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory - Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih 
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1- Ikan Dory dinyahbekukan. 
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur 
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, mix vege, tomato dan mushroom black pepper sauce. 


Mushroom Black Pepper Sauce
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)

Cara-caranya



Labels: ,